Tuesday, September 21, 2010

JAUHI PENN* AUC*ION


Assalamualaikum w.b.t.

Disini atas kesedaran sebagai orang Islam, saya nak mendedahkan satu skim atau perniagaan lelong yang mungkin berniat menipu orang ramai dan mengambil keuntungan berlebihan...

Pendedahan ini diharap supaya tidak ada orang Islam yang terpengaruh dengan skim lelongan ini.

Dipaparkan bagaimana system lelongan ini bekerja dan berfungsi...

i)    Daftar
ii)   Beli ‘Bid’ yang berharga yang dinyatakan
iii)  Laksanakan ‘Bid’
iv)  Tunggu dan lihat

Di bawah dinyatakan Harga untuk setiap bidaan...

Contoh, sekiranya saya membeli 100 bidaan, harga yang perlu dibayar ialah RM160. Maka setiap bidaan adalah bernilai RM1.60.

Untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan, kita akan gunakan nilai 100 bidaan atau RM1.60 setiap bidaan sebagai nilai rujukan.

ANTARA AYAT PENARIK UNTUK MENIPU PEMBELI...

50% lower price Guarantee 
We GUARANTEE that the "Current price" at each auction end will be less than 50% of retail price. In case "Current price" will be higher, PennyAuction will compensate the balance. This not include  money spent on bids.

BAGAIMANA PEMBELI/PEMBIDA TERTIPU?


Daripada (1) dinyatakan “All auctions start at Rm0.00 and items on auctions are brand new”.

Rujuk gambar di bawah ‘current price’ akan bermula dengan 0.00 pada permulaan proses lelongan.

Dalam (3) dinyatakan setiap bidaan akan menaikkan nilai ‘current price’ setiap Rm0.01
Perlu diingati bahawa setiap bidaan adalah bernilai RM1.60
Maka sebenarnya setiap kenaikan harga barangan adalah sebenarnya RM1.60

Dengan meletakkan Nilai kenaikan RM0.01 untuk setiap bidaan adalah dengan tujuan untuk mengaburi mata pembeli tentang harga bidaan sebenar atau jumlah wang yang telah pembida habiskan untuk membida sesuatu barangan.

LIHAT CONTOH

Contoh 1

Alienware OptXTM 21.5"W Full-HD Monitor
Price 17.56
Retail price  RM 999.00
 Harga yang dibayar oleh para pembida kepada syarikat adalah
=         17.65 (yang dipaparkan) x 100 (untuk mendapatkan jumlah bidaan oleh pembida) x RM1.60 (harga untuk setiap bidaan) + RM17.65 (harga yang perlu dibayar oleh pemenang).
=         RM2,824.00 RM 17.65
=         RM2,841.65


Contoh 2
NEW! Apple iPhone 4 + 300 FREE Bids! 
  Price  77.29
Retail price  RM 4000.00
  Harga yang dibayar oleh para pembida kepada syarikat adalah
=         77.29 (yang dipaparkan) x 100 (untuk mendapatkan jumlah bidaan oleh pembida) x RM1.60 (harga untuk setiap bidaan) + RM77.29 (harga yang perlu dibayar oleh pemenang).
=         RM12,366.40 RM 77.29
=         RM12,443.69

Contoh 3
Acer Aspire One D260 + 88 FREE Bids! 
Price 33.47
Retail price  RM 1800.00
Harga yang dibayar oleh para pembida kepada syarikat adalah
=         33.47 (yang dipaparkan) x 100 (untuk mendapatkan jumlah bidaan oleh pembida) x RM1.60 (harga untuk setiap bidaan) + RM33.47 (harga yang perlu dibayar oleh pemenang).
=         RM5,355+ RM 33.47
=         RM5,388.67

Contoh 4
NEW! ipod Touch 8G 
Price53.85
Retail price  RM 829.00
Harga yang dibayar oleh para pembida kepada syarikat adalah
=         53.85 (yang dipaparkan) x 100 (untuk mendapatkan jumlah bidaan oleh pembida) x RM1.60 (harga untuk setiap bidaan) + RM53.85 (harga yang perlu dibayar oleh pemenang).
=         RM8,616+ RM 53.85
=         RM8,669.85
  
Contoh seterusnya

Sony NEX-5 Single Lens Kit (1st place - 25% Bids Back)
Price 47.09
Retail price  RM 2200.00
Harga sebenar diperolehi       =         7,581.49

Philips Shaver RQ-1060
Price25.77
Retail price  RM 799.00
Harga sebenar diperolehi       =         4,148.97
   
Canon EOS 50D + 200 FREE Bids!
Price162.50
Retail price  RM 4200.00
Harga sebenar diperolehi       =         RM26,162.50


Canon LEGRIA HF M300 (1st place - 30% bids back!) 
Price 39.16
Retail price  RM 2699.00
Harga sebenar diperolehi       =         RM6,300.00

 NEW! Apple iPhone 4 + 300 FREE Bids!
Price 182.37
Retail price  RM 4000.00
Harga sebenar diperolehi       =         RM30,000.00

Cuba bandingkan harga yang dipaparkan produk dengan harga yang dibayar oleh para pembida??

Syarikat lelongan sebenarnya membuat keuntungan berlipat kali ganda...

Tidak dinafikan memang terdapat harga yang murah, tetapi produk2 tersebut sememangnya bukan produk tumpuan. Produk2 tumpuan ramai akan menjadi lubuk duit kepada pengendali lelongan.

Lepas ni pandai2 la korang tengok website tu dan nilai sendiri...

Bila tengok kedua2 website tersebut secara serentak, terdedah lagi satu penipuan syarikat terbabit..., lelongan adalah sama di 2 negara. Ini bermakna, lebih ramai pembida, lebih tinggi keuntungan yang  bakal diperolehi...


SEDIKIT INFO TENTANG PENNY AUNCTION...

Penny Auction Fact #1: There are more losers than winners. The reality is, most bidders lose only to make way for the few that win. They lose because of inexperience, and I’ll show you how to avoid the pitfalls that others face.

Penny Auction Fact #2: Those who win usually win big and often win consistently.

This can only mean one thingIn order to win you have to know more than your opponent, which will allow you to crush their effort to beat you. It’s survival of the fittest and you have to dominate.
  Dipetik dari "http://pennyauctionsecret.com/"

BUNYI MACAM ADA BERUNSUR PERJUDIAN...

JADILAH ORANG PANDAI... DAN PANDAI-PANDAI LAH FIKIR MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK...