Thursday, October 4, 2012

Jika Aku Seorang Setia Usaha Agung FAM...



Sukan merupakan salah satu medium penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. FAM yang menaungi sukan bola sepak di negara kita sepatutnya lebih peka dan aktif dengan misi 1Malaysia DSN bagi menyatukan pelbagai kaum di Malaysia. Prestasi pasukan bola sepak semasa sentiasa menjadi penentu bagi melihat kebanjiran penonton tak kira bangsa.

Jika saya Setia Usaha Agung FAM, beberapa perubahan penting akan saya lakukan demi untuk masa depan bola sepak negara...
  1. Mewajibkan semua stadium negeri supaya di tukar jenis rumput dan tanah. Apabila menonton perlawanan bola sepak sama ada liga perdana ataupun liga super, sering kali direncatkan oleh keadaan padang yang teruk. Bola yang dihantar melantun-lantun dan menyukarkan pemain untuk mengendali bola. Rumput yang terlalu tebal juga sebenarnya menyebabkan banyak berlaku pembaziran tenaga untuk bergerak disebabkan daya seretan yang tinggi. Lihat sahaja pemain kita yang cepat keletihan. Salah satu faktor adalah padang yang rosak dan menyerap tenaga.
  2. Menambah jumlah padang berkualiti di sekolah. Padang yang cantik bukan hanya untuk peringkat tinggi, ia perlulah didedahkan dari peringkat rendah lagi supaya bakat akan lebih cepat diasah dan dikesan.
  3. Menghebohkan di media dan surat khabar tentang kekayaan pemain bola sepak tempatan dan kontrak pendapatan mereka bagi menarik perhatian anak-anak muda untuk menjadikan pemain bola sebagai salah satu pilihan kerjaya.
  4. Meningkatkan peluang pemain bola sepak untuk menjadi selebriti sukan dan memberi pendedahan awal tentang pelbagai prospek yang ada dalam permainan bola sepak.
  5. Melantik pemain terulung negara untuk menjadi penceramah dan duta bola sepak untuk peringkat sekolah bagi meningkatkan motivasi bakal pemain profesional dan peminat.
  6. Memastikan agar ranking bola sepak negara berada pada sekurang-kurangnya 120. Ini dilakukan dengan menganjurkan banyak perlawanan persahabatan berstatus A dan berusaha untuk layak ke peringkat yang lebih tinggi dalam piala Asia atau Piala Dunia.
  7. Pengehadkan penyertaan pemain import (usia tidak melebihi 27 tahun) bagi memastikan ia sentiasa cergas bagi mengekalkan kerancakkan permainan.
  8. Meningkatkan latihan asas kepada para pemain. Ini kerana dapat dilihat perkara asas juga gagal dilakukan dengan baik oleh para pemain.
  9. Mengeluarkan AJK FAM yang kurang memberi sumbangan atau dengan memperkenalkan KPI kepada para AJK FAM diperingkat pusat mahupun negeri.
  10. Menubuhkan pusat latihan bola sepak berprestasi tinggi di dalam negara. Tidak perlu buat di luar negara. Kepakaran jurutera, ahli fizik dan ahli sains dalam negara sebenarnya mampu untuk menjadikan bola sepak sebagai sukan moden berasaskan prinsip sains yang boleh diaplikasikan oleh para pemain. Contohnya teknik menyepak bola dengan betol, teknik sepakan lencong, teknik larian yang betol, teknik lompatan untuk melonjak dengan sempurna, teknik jatuhan dan macam-macam lagi yang boleh diaplikasikan daripada ilmu sains.
  11. Pakar fisio serta pakar pemakanan dalam negara juga sebenarnya cukup dan perlu digunakan sebaik mungkin dalam sukan bola sepak.
  12. Mencari dan melatih pakar fisio moden untuk mempelajari teknik urutan Melayu traditional yang mampu menyembuhkan kecederaan dengan lebih pantas. Disamping dapat mengelakkan ilmu tersebut daripada lenyap, ia juga dijangka akan meningkatkan taraf tukang urut melayu tradisional dan seterusnya memelihara warisan melayu.
  13. Meneruskan program soccer kids yang semakin hebat setiap tahun persaingannya. Bakat-bakat baru perlu digilap disamping tidak dibiarkan ia bertukar bidang apabila dewasa kelak.
  14. Memohon agar setiap perlawanan yang membabitkan skuad negara dan skuad negeri ditunjukkan live di TV. 
  15. Kejohanan besar bagi pertandingan futsal juga perlu ditunjukkan di TV secara Live bagi merangsang minat semua golongan. 


.....................






~M-M~

No comments:

Post a Comment