Sunday, April 12, 2015

Senarai 10 Orang Malaysia ter popular di Media Sosial.

Jikalau dalam senarai 10 individu orang terkaya di Malaysia berdasarkan April 2015, hanya terdapat seorang berbangsa Melayu, iaitu TS Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menghuni tangga ke-8, lain pula kisahnya dengan senarai 10 orang paling popuar di media sosial untuk Facebook dan Tweeter.

Nampaknya orang Melayu sangat hebat di media sosial. Adakah ia sesuatu yang perlu kita banggakan??

 Facebook:
RANK NAME LIKE OFFICIAL PAGE
1 Zizan Razak 3,559,394 https://www.facebook.com/OfficialZizanRazak 
2 Lisa Surihani 2,748,396 https://www.facebook.com/LisaSurihani23
3 Najib Razak 2,737,511 https://www.facebook.com/najibrazak
4 Ustad Azhar Idrus 2,472,258 https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Azhar-Idrus/118089450453
5 Scha Alyahya 2,459,434 https://www.facebook.com/scha.alyahya
6 Dr. Mahathir bin Mohamad 2,398,674 https://www.facebook.com/TunDrMahathir
7 Leng Yein 2,368,781 https://www.facebook.com/lengyein
8 Yana Samsudin 2,250,121 https://www.facebook.com/yanasamsudin.fanpage
9 Fizo Omar 2,187,690 https://www.facebook.com/fofanpage
10 Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 2,063,436 https://www.facebook.com/fadzilahkamsah







Tweeter
RANK NAME FOLLOWERS OFFICIAL TWEET
1 Lisa Surihani 2,628,764 Lisa Surihani (@LisaSurihani)
2 Mohd Najib Tun Razak 2,418,874 Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak)
3
Zizan Razak
1,939,286
zizan razak (@zizanrajalawak)
4
Shaheizy Sam
1,836,717
Shaheizy Sam (@Shaheizy_Sam)
5
Aaron Aziz
1,764,171
Aaron Aziz (@AaronDwiAziz)
6
Siti Nurhaliza
1,719,346
Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11)
7
Awal Ashaari
1,617,488
Awal Ashaari (@awalashaari)
8
Liyana Jasmay
1,556,561
Liyana Jasmay (@LiyanaJasmay)
9
NORA DANISH
1,491,059
NORA DANISH (@Nor4Danish)
10
Neelofa
1,329,909
Neelofa (@Neelofa)

Sunday, October 7, 2012

Doa / Amalan Mengelakkan Harta Anda Dari Kecurian dan Perlindungan Diri Dari Menjadi Mangsa Kejahatan...

Assalamualaikum w.b.t


Sekarang ini di mana-mana kecoh kejadian pecah rumah, ragut, kes curi kenderaan dan macam-macam lagi kes jenayah jalanan yang menyebabkan kita rasa takut untuk membiarkan isteri serta anak-anak kita berjalan seorang diri walaupun di kawasan orang ramai seperti di hsopping komplex. Meletakkan harta di kawasan sendiri juga bukan menjadi satu jaminan bahawa ia akan selamat walaupun telah di pasang sistem penggera keselamatan canggih bernilai ribuan ringgit.

Seringkali kita lupa bahawa Allah lah yang Maha Berkuasa dan Allah Maha Pelindung (Al-Muhaymin) dan seringkali meminta perlindungan daripada selain Allah. Sebarang usaha fizikal untuk menyimpan harta hatta di bilik kebal yang di kawal ketat sekalipun tidak akan mampu menandingi perlindungan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Oleh yang demikian, selain usaha, ikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah juga amat penting sebagai seorang Islam.

Kita tidak mampu menghalang pencuri daripada mencuri harta kita, tetapi kita mampu untuk berdoa supaya hati pencuri tersebut dilembutkan dan tidak mencuri harta kita melalui doa dan beberapa amalan pilihan berikut:-


1. MEMAGAR ATAU PENDINDING RUMAH SECARA BATIN - (Amalan Tok Bahaman)

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) pijak/ketuk hingga tenggelam paras bumi. Pijak teras kayu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang dan ungkapkan:

"Ini tembok Nabi Sulaiman
Dalamnya laut luarnya kota
Kalau kamu pecah kota ini
Kamu akan berenang dalam laut"

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Kemudian bacalah bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.






Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dan ulang langkah dari awal sehingga kembali ke penjuru yang mula-mula. Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.


2. DOA MENGELAKKAN BENCANA RUMAH

Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.


(Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)


3. BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Dibaca sewaktu hendak keluar dari rumah selepas membaca doa keluar rumah.

Doa ini boleh juga di baca jika tertinggal barangan berharga di rumah atau di dalam kereta tetapi mendapati agak sulit untuk kembali ke tempat tersebut secepatnya kerana mahu bersolat, jauh bekerja atau sebagainya.

"اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ"

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”.


4. DOA UNTUK MENDAPAT PENJAGAAN ALLAH PADA DIRI, AGAMA, KELUARGA, DAN HARTA BENDA: 

(Amalan Rasulullah pagi dan petang)

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى

Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kekemaafan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, dan tenangkanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah aku dari sudut hadapanku, dari sudut belakangku, sebelah kananku, sebelah kiriku, dan dari sebelah atasku. Dan aku meminta perlindungan dengan keagonganMu daripada aku terpedaya dari arah bawahku (yakni: dari tertimbus dalam bumi).


5. DOA YANG DIAJARKAN RASULULLAH UNTUK TERHINDAR DARI KEMUDHARATAN DISEPANJANG HARI TERSEBUT.

dibaca 3 kali pagi dan 3 kali petang.




6. DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.


(Surah Al Mukminun: Ayat 28)


7. AYAT PAKU BUMI (Amalan Tok Janggut).



Dibaca semasa mengunci pintu rumah atau dibaca kepada harta benda dan lain-lain yang dirasai berharga, Insya ALLAH akan menyebabkan orang lain tidak berkeinginan mengambilnya tanpa hak dan izin. Pastikan semasa menyebut Muhammad, gantung lidah ke lelangit.

Sesuai juga di baca semasa mengunci kenderaan atau meninggalkan sebentar barangan berharga di dalam kenderaan kerana ingin menunaikan Solat, makan, mesyuarat atau sebagainya (perkara yang baik)... 




Sekian.

~MM~

Thursday, October 4, 2012

Teka-teki untuk Graduan atau Bakal Graduan...

Ali seorang bakal graduan sebuah Universiti tempatan telah diarahkan oleh pensyarahnya bagi menyelesaikan satu masalah iaitu :-

Soalannya...

Bagaimana mengukur lebar sungai tanpa perlu menyeberangi sungai tersebut? Di tebing sungai sebelah sana terdapat sebatang pokok yang betul-betul di hujung tebing dan dahannya mengunjur ke sungai. Kamu hanya dibekalkan sebarang pembaris dan sebilah parang"...

"Jika kamu tidak berjaya menyelesaikan masalah tersebut, maka kamu belum layak untuk menerima Ijazah serta belum layak untuk berhadapan dengan masyarakat. Kamu harus pandai untuk mengaplikasikan apa yang kamu pelajari sejak di bangku sekolah hingga di universiti untuk kegunaan di luar sana", tambah pensyarah tersebut.

Bantulah Ali...

~MM~

Jika Aku Seorang Setia Usaha Agung FAM...



Sukan merupakan salah satu medium penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. FAM yang menaungi sukan bola sepak di negara kita sepatutnya lebih peka dan aktif dengan misi 1Malaysia DSN bagi menyatukan pelbagai kaum di Malaysia. Prestasi pasukan bola sepak semasa sentiasa menjadi penentu bagi melihat kebanjiran penonton tak kira bangsa.

Jika saya Setia Usaha Agung FAM, beberapa perubahan penting akan saya lakukan demi untuk masa depan bola sepak negara...
  1. Mewajibkan semua stadium negeri supaya di tukar jenis rumput dan tanah. Apabila menonton perlawanan bola sepak sama ada liga perdana ataupun liga super, sering kali direncatkan oleh keadaan padang yang teruk. Bola yang dihantar melantun-lantun dan menyukarkan pemain untuk mengendali bola. Rumput yang terlalu tebal juga sebenarnya menyebabkan banyak berlaku pembaziran tenaga untuk bergerak disebabkan daya seretan yang tinggi. Lihat sahaja pemain kita yang cepat keletihan. Salah satu faktor adalah padang yang rosak dan menyerap tenaga.
  2. Menambah jumlah padang berkualiti di sekolah. Padang yang cantik bukan hanya untuk peringkat tinggi, ia perlulah didedahkan dari peringkat rendah lagi supaya bakat akan lebih cepat diasah dan dikesan.
  3. Menghebohkan di media dan surat khabar tentang kekayaan pemain bola sepak tempatan dan kontrak pendapatan mereka bagi menarik perhatian anak-anak muda untuk menjadikan pemain bola sebagai salah satu pilihan kerjaya.
  4. Meningkatkan peluang pemain bola sepak untuk menjadi selebriti sukan dan memberi pendedahan awal tentang pelbagai prospek yang ada dalam permainan bola sepak.
  5. Melantik pemain terulung negara untuk menjadi penceramah dan duta bola sepak untuk peringkat sekolah bagi meningkatkan motivasi bakal pemain profesional dan peminat.
  6. Memastikan agar ranking bola sepak negara berada pada sekurang-kurangnya 120. Ini dilakukan dengan menganjurkan banyak perlawanan persahabatan berstatus A dan berusaha untuk layak ke peringkat yang lebih tinggi dalam piala Asia atau Piala Dunia.
  7. Pengehadkan penyertaan pemain import (usia tidak melebihi 27 tahun) bagi memastikan ia sentiasa cergas bagi mengekalkan kerancakkan permainan.
  8. Meningkatkan latihan asas kepada para pemain. Ini kerana dapat dilihat perkara asas juga gagal dilakukan dengan baik oleh para pemain.
  9. Mengeluarkan AJK FAM yang kurang memberi sumbangan atau dengan memperkenalkan KPI kepada para AJK FAM diperingkat pusat mahupun negeri.
  10. Menubuhkan pusat latihan bola sepak berprestasi tinggi di dalam negara. Tidak perlu buat di luar negara. Kepakaran jurutera, ahli fizik dan ahli sains dalam negara sebenarnya mampu untuk menjadikan bola sepak sebagai sukan moden berasaskan prinsip sains yang boleh diaplikasikan oleh para pemain. Contohnya teknik menyepak bola dengan betol, teknik sepakan lencong, teknik larian yang betol, teknik lompatan untuk melonjak dengan sempurna, teknik jatuhan dan macam-macam lagi yang boleh diaplikasikan daripada ilmu sains.
  11. Pakar fisio serta pakar pemakanan dalam negara juga sebenarnya cukup dan perlu digunakan sebaik mungkin dalam sukan bola sepak.
  12. Mencari dan melatih pakar fisio moden untuk mempelajari teknik urutan Melayu traditional yang mampu menyembuhkan kecederaan dengan lebih pantas. Disamping dapat mengelakkan ilmu tersebut daripada lenyap, ia juga dijangka akan meningkatkan taraf tukang urut melayu tradisional dan seterusnya memelihara warisan melayu.
  13. Meneruskan program soccer kids yang semakin hebat setiap tahun persaingannya. Bakat-bakat baru perlu digilap disamping tidak dibiarkan ia bertukar bidang apabila dewasa kelak.
  14. Memohon agar setiap perlawanan yang membabitkan skuad negara dan skuad negeri ditunjukkan live di TV. 
  15. Kejohanan besar bagi pertandingan futsal juga perlu ditunjukkan di TV secara Live bagi merangsang minat semua golongan. 


.....................






~M-M~

Harimau Jatuh Tangga...





Pagi tadi kita dikejutkan dengan penurunan ranking bolasepak Malaysia di dalam senarai FIFA. Bermula dari ranking ke 140 dunia pada Januari 2012 dan semakin menurun menjelang hujung tahun. Sebenarnya ramai telah menduga tentang penurunan ini selepas kekalahan Harimau Malaya di tangan Vietnam bulan lalu di gelanggang sendiri. Kekalahan tersebut sebenarnya telah mengejutkan banyak pihak di apabila rakyat Malaysia berharap Harimau Malaya akan berjaya mengekalkan piala AFF Suzuki yang dimenangi 2 tahun lalu.

Banyak perkara dilihat menjadi faktor penurunan ranking tersebut disebalik kekalahan perlawanan persahabatan berstatus A. Sikap jurulatih K. Rajagopal dan pengurusan FAM yang tidak melihat ranking sebagai suatu ganjaran sebenarnya banyak memerangkap skuad Harimau Malaya. Apabila ranking dianggap tidak penting, maka perlawanan persahabatan di anggap kurang penting dan kerapkali digunakan sebagai medan ujikaji baru pemain. Mungkin ada benarnya perlawanan persahabatan dianggap medan ujikaji pemain, tetapi biarlah ia bukan suatu ujikaji yang berisiko tinggi yang bakal merundumkan ranking.

Mengapa ranking penting?, ranking sebenarnya adalah penting bagi membolehkan para pemain kita bermain di liga bolasepak hebat seperti EPL, La Liga dan sebagainya. Apabila pemain di anggap gagal membantu negara untuk maju, pemain tersebut juga secara tidak langsung akan dianggap gagal. Pendedahan dengan cara permainan, corak latihan dan persaingan yang tinggi sebenarnya banyak membantu peningkatan mutu pemain negara. Dengan beraksi di Liga ternama dunia, secara tak langsung mutu pemain bolasepak negara akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan pemain lain bertaraf dunia. Pemain berbakat seperti Akmar Rizal Rakli, Indra Putra Mahyuddin adalah antara nama2 besar dalam bolasepak negara yang menyaksikan mereka pernah beraksi dalam pentas liga yang berbeza.

Jika di negara-negara Eropah dan Amerika Selatan, perlawanan diantara negara seperti Piala Copa Amerika, Kejohanan EURO dan Piala Arfika dianggap sebagai suatu medan untuk menonjolkan diri untuk pemain bagi menarik perhatian kelab-kelab ternama dunia, perkara ini dilihat berbeza berlaku di sini. Walaupun berjaya memenangi Piala AFF Suzuki namun oleh kerana ranking kita yang sangat rendah, pemain kita sebenarnya sukar untuk mononjolkan diri diperingkat lebih tinggi disebabkan ranking negara yang jauh. Ia sebenarnya satu kerugian bukan sahaja kepada pembangunan pemain, tetapi bola sepak Malaysia secara keseluruhannya. Sepatutnya, perlawanan persahabatan perlu dianggap sama penting dengan perlawanan di kejohanan sebenar disamping untuk menarik sokongan penonton yang mengharapkan permainan berkualiti ditunjukkan oleh para pemain dan bukan permainan ujikaji.

Sebagai peminat setia Harimau Malaya, kami pastinya menantikan aksi terbaik dan berkualiti ditunjukkan dalam setiap perlawanan dan bukan permainan sambil lewa. Kemenangan bukan ukuran tetapi semangat melawan dan keserasian pemain menjadi ukuran dan ulasan dalam setiap perlawanan. Mungkin jurulatih menyangka peminat seperti kami hanya mengharapkan kemenangan sahaja, tetapi bagi kami di sini tempoh 90 minit sebagai penonton sudah cukup menjadikan kami pelbagai watak daripada jurulatih, kepada pengulas sukan, pengkritik, penyokong, pembangkang, referee, lines man dan juga sebagai pemain atau pengurus. Kemenangan atau kekalahan hanya dirasai selepas permainan berakhir. Tetapi perasaan marah, benci, gembira, debaran, fedup, menjerit, kecewa, suka, ketawa akan dirasai sepanjang tempoh permainan 90 minit

Sekian,

~M-M~

Perkara2 yg boleh merosakkan diri...

Perkara2 yg boleh merosakkan diri...

i) politik tanpa prinsip, 

ii) kekayaan tanpa usaha, 

iii) kegembiraan tanpa kawalan, 

iv) ilmu tanpa amal, 

v) perniagaan tanpa moraliti, 

vi) kepercayaan tanpa pengorbanan, 

vii) sains tanpa kemanusiaan.





~M-M~

Wednesday, October 3, 2012

Keunikan no 7 yg kita tidak ketahui...



Tahukah anda bahawa no 7 mempunyai keunikan yang mampu menjadikan mulut anda ternganga... dan fikiran anda seakan percaya atau tidak percaya?

Dalam Islam No 7 mempunyai keisimewaan yang tersendiri seperti Allah menjadikan bumi ini dalam tempoh 7 hari, lapisan langit ketujuh, 7 kaki dalam kubur, 7 ayat dalam Surah Al-Fatihah, 7 likur, 7 hari dalam seminggu dan banyak lagi yang mempunyai kaitan dengan no 7.

Dalam penulisan saya sebelum ini, jumlah muka ruas satu jari ada 7 juga. Tetapi tahukah, daripada angka 7 ini banyak keunikan/keajaiban yang setengahnya tidak mampu ditafsirkan dengan logik akal...

No berulang umpama kitaran jam.
- Jika seseorang bertanya kepada saya apakah no 6 digit pilihan saya? Saya akan pilih 142,857. Mengapa saya memilih nombor ini? Sebab saya boleh mengira hasil darab no ini tanpa menggunakan calculator...
   142,857 x 1 = 142,857
   142,857 x 2 = 285,714
   142,857 x 3 = 428,571
   142,857 x 4 = 571,428
   142,857 x 5 = 714,285
   142,857 x 6 = 857,142 

Jawapan bagi keseluruhan hasil darab berikut adalah urutan hasil nombor asal yang sentiasa berpusing dan berulang2... hebat? 

Lihat pula hasil darab seterusnya... 142,857 x 7 = 999,999 > Mengapa lain?

Kita Teruskan... 142,857 x 8 = 1,142,856 >> cuba lihat betul-betul... jika kita tutup angka 1 di hadapan, maka yang tinggal adalah angka 142,856 dan angka satu yang ditutup tadi dicampur di hujung no 142,856, maka akan kembali menjadi 142,857... Cool...

Kita teruskan... dengan kaedah yang sama kita akan dapati...
142,857 x 9 = 1,285,713 >> 285,713 + 1 = 285,714
142,857 x 10 = 1,428,570 >> 428,570 + 1 = 428,571
142,857 x 11 = 1,571,427 >> 571,427 + 1 = 571,428
142,857 x 12 = 1,714,284 >> 714,284 + 1 = 714,285
142,857 x 13 = 1,857,141 >> 857,141 + 1 = 857,142
142,857 x 14 = 1,999,998 >> 999,998 + 1 = 999,999
.
.
.
142,857 x 88 = 12,571,416 >> 571,416+12 = 571,428
dan seterusnya....

Setelah melihat hubungkaitnya, bagaimana untuk mengira hasil darab 142,857 tanpa perlu calculator?

Cuba ini... 142,857 x 25 = ??

Dari hasil darab di atas, dapat kita ketahui setiap kali di darab dengan nombor yang mempunyai faktor 7, maka akan menghasilkan 999,999 atau no yang menghampiri angka bulat.
Maka, 25 / 7 = 3 + 4/7
Ambil 3 sebagai digit pertama 3,xxx,xxx
Digit seterusnya yang bertanda x hanya berlu diambil dari nombor itu sendiri iaitu hasil darab dengan 4 seperti di atas dan di tolak dengan angka 3

571,428 - 3 = 571,425,
Maka jawapan untuk 142,857 x 25 = 3,571,425....
Hebat bukan... tidak perlu calculator, dan tidak perlu pengiraan yg panjang... hanya perlu hafal sifir 7... heheheh

Bagaimana ia berlaku? Dari mana nombor 142,857 diperolehi?

Angka 142,857 adalah hasil dari nombor 1 dibahagi dengan nombor 7,  1/7 = 0.142857142857142857.... Lihat betul-betul hasil bahagi ini, nombor 142,857 berulang sehingga infiniti... Hasil no berulang ini hanya boleh diperolehi dari angka 7 sahaja...

Sekian...

~M-M~