Sebenarnya aku dah lama guna kaedah ni... tak
sangka pula ia adalah salah satu kaedah yang pernah digunakan oleh
Rasullullah. Sejarah aku menggunakan kaedah ini sebenarnya hasil dari
idea yang pernah diberikan oleh ustazah ku masa aku dibangku
sekolah rendah. Kaedah yang diajar oleh ustazah ku untuk menghafal asas
nahu dalam bahasa arab. Jumlah ruas jari pada sebelah tangan adalah 14,
begitu juga dengan jumlah asas nahu dalam bahasa arab.
Semasa aku kanak-kanak sehingga remaja, kerap
juga aku menghadiri majlis kenduri arwah (baca surah Al-Ikhlas 100,000
kali) dan disedekahkan kepada arwah. Sering kali aku terlupa membawa
tasbih begitu juga dengan ramai tetamu yang lain. Antara jalan
penyelesaian yang pernah digunakan oleh tuan rumah (yang tidak mempunyai
tasbih banyak) adalah dengan menyediakan mangkuk2 berisi kacang hijau
atau kacang tanah bagi memudahkan tetamu majlis mengira jumlah surah
Al-Ikhlas yang dibacanya.
Dari situ aku mula berfikir
bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mempermudahkan
tetamu untuk mengingati jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. Juga
dapat menyelesaikan masalah apabila zikir Lailahaillallah semasa wirid
atau kenduri arwah dimana seringkali juga ramai yang tidak membawa bekal
tasbih. Daripada idea 14 ruas, aku mendapati jika setiap ruas dikira 2
kali/2 belah maka ia akan menghasilkan jumlah 28, kemudian dicampur
dengan jumlah jari(muka ruas yang paling atas) iaitu 5, maka jumlah 28+5
= 33. Jadi jumlah 33 akan diperolehi mengikut gambarajah yang
ditunjukkan.
Bila nak guna?
i) Wirid selepas sembahyang
biasanya akan menyelitkan bacaan bertasbih iaitu Subhanallah (33x),
Alhamdulillah (33x), dan Allahuakbar (33x). Cukuplah sekadar sekali
pusingan untuk setiap bacaan, Insya Allah jika kita terlupa membawa
tasbih, kita tak mempunyai masalah untuk mengira jumlah bacaan kita.
ii) Sesetengah imam menyelitkan bacaan Zikrullah dalam wirid selepas
sembahyang, juga sewaktu kenduri arwah, atau majlis bacaan Yaasin dan
tahlil, juga dalam majlis2 keagamaan. Biasanya jumlah yang akan dibaca
adalah 1 tasbih atau jumlahnya 100. Maka untuk mendapat jumlah 100 hanya
perlu 3 kali pusingan (33 x 3). Semasa aku kanak-kanak sehingga remaja, kerap

perlu 3 kali pusingan (33 x 3) dan ditambah dengan 1 untuk menjadikan jumlahnya 100.
iii) Untuk majlis mensedekahkan surah
Al-Ikhlas kepada arwah, biasanya seorang akan membaca sekitar 300 ke 700
jumlah surah Al-Ikhlas dalam sesebuah majlis. Jadi kaedah mengira
menggunakan jadi tersebut boleh dilakukan dengan mudah juga menggunakan
beberapa kaedah (method). Kaedah pertama ialah dengan mengira jumah
kitaran 33 yang telah dibaca. Jari sebelah kanan untuk kira 33, manakala
jari sebelah kiri untuk jumlah kitaran. cth 8 kali kitaran 33, maka
jumlah bacaan adalah 264 (33,66,99,132,165,198,231,264). Jika terdapat
lebihan bacaan pada jari, hanya perlu dicampur dengan 264. sangat mudah
dan cepat. Kaedah kedua pula dengan menggenapkan kepada 100. Cara ini
lebih murah dan cepat untuk mengingat. contoh, setiap kali selepas 3
kali kitaran 33, tambah dengan 1 bacaan untuk mendapatkan jumlah 100,
100 ini disimpan sebagai satu bahagian dijari sebelah kiri.
iv) Untuk pengiraan matematik atau asas nombor. Nombor 33, 66 dan 99 mempunyai keistimewaan tersendiri. 99 x 1 = 99, 99 x 5 = (100 x 5) - 5, sebenarnya 99 x A = (100 x A) - A. 33 x 1 = 33, 33 x 5 = 165, 33 x 12 = 396, 33 x A =( 100 x (A/3)) - A/3 .... hanya untuk nilai A yang mempunyai faktor 3. Sebenarnya banyak lagi keajaiban matematik dengan asas nombor 33 yang boleh dikongsi. akan dikongsi di masa yang lain.
v) Rahsia penggunaan jari juga sebenarnya terkandung dalam nombor 7. Dalam rajah tersebut menunjukkan setiap batang jari mewakili sifir 7 kecuali ibu jari. Banyak lagi rahsia kaitan jari dengan matematik berdasarkan rajah tersebut boleh dirungkai.

Semenjak aku mendapat Ilham untuk menggunakan muka ruas jari 33 sejak lebih 15 tahun lalu, aku tidak pernah memerlukan tasbih untuk mengira jumlah Zikir atau tasbih yang aku baca walaupun tanpa mengikut imam. Insya Allah selagi jari2ku masih ada, maka aku jarang melakukan kesilapan untuk mengira.
Sebenarnya dah lama aku bercadang nak berkongsi ilmu tentang apa yang telah aku perolehi selama ini. Namun atas masih banyak rahsia yang belum dapat aku rungkaikan serta kaitannya dengan ilmu yang lain. Semoga dengan perkongsian ini rakan2 akan dapat mengembangkan lagi ilmu tersebut.
Sekian, terima kasih.
MOHD FATHUDDIN.
12.30am 30 Sept 2012.
No comments:
Post a Comment