Wednesday, October 3, 2012

Soalan matematik untuk pekedai Kedai Rakyat 1 Malaysia



Ali ke kedai rakyat 1 Malaysia untuk membeli beberapa barang keperluan. "gula-gula, jajan, pensil dan ais krim semuanya RM 1.70", kata pekedai. "saya membeli 2 biji gula-gula yang berharga 2 sen sebijik, 4 batang pensil yang berharga 5 sen sebatang, 8 bungkus jajan dan 12 ais krim yang saya tak ingat harganya. Tanpa perlu mengira, tak mungkin jumlahnya RM 1.70". Jawab Ali.

Mengapa tidak ??"


~M-M~

teka-teki untuk orang genius 6


Daud meminta no telefon dari Erin, namun Erin hanya memberi tahu, langkah 1, pilih nombor kosong dan tulis, kemudian tambah 1 pada nombor terakhir dan tulis, tambah 4 pada nombor terakhir dan tulis, jika jumlah nombor kurang dari 11, ulang langkah 2 dan seterusnya. 

Berapa no telefon Erin?"


~M-M~

Berbaik baik sesama Islam

Jgn jadikan politik satu barrier, jadikan agama bangsa sbg satu persatuan.

* Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya." Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari Muslim]

"Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayangï" Al Hujuraat ayat 10.

Monday, October 1, 2012

Keajaiban No 99


Keajaiban no 99. Kali ini aku nak sambung penulisan aku dari post yang lepas. Berkenaan no 99 yang diperolehi dari 3 kitaran muka ruas jari. Seperti yang semua sedia maklum, angka 99 juga merupakan jumlah Nama-nama Allah seperti yang terkan
dung di dalam Al-Quran. Daripada garisan tangan juga menghasilkan nombor 99 daripada 81+18 dalam tulisan arab.



i) No 99 jika didarab dengan sebarang no sehingga 18 digit, hasil tambah setiap nombor sehingga menghasilkan 1 digit akan mendapat hasil 9. Contoh:-

99 x 1 = 99, 9+9=18, 1+8 = 9.
99 x 16 = 1,548, 1+5+4+8=18, 1+8 = 9.
99 x 1,535 = 151,965, 1+5+1+9+6+5 = 27, 2+7 = 9.
.
.
.
99 x 9,999,999,999,999,999 = 989,999,999,999,901, 9+8+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+0+1 = 117, 1+1+7=9


ii) No 99 jika didarab dengan sebarang no sehingga 18 digit, hasil tambah digit genap dan digit ganjil pada lapisan pertama, pada lapisan kedua hasil tambah digit pertama dan digit keempat, serta digit kedua dan digit ketiga akan menghasilkan nombor 99. Contoh:-

99 x 1 = 99, digit genap dan digit ganjil hanya 99.
99 x 16 = 1,584,
-lapisan pertama,
digit genap 1+8=9, digit ganjil 5+4 = 9.
disusun begini, 99 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
99 x 1,535 = 151,965,
-lapisan pertama,
digit genap 1+1+6=8, digit ganjil 5+9+5 = 19.
disusun begini, 819 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
-lapisan kedua,
digit kedua ditambah dengan digit ketiga, manakala digit keempat ditambah dengan
digit pertama, 8+1 = 9, 0+9=9
disusun begini, 99 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
.
.
.
99 x 9,999,999,999,999,999 = 989,999,999,999,901,
-lapisan pertama,
digit ganjil 9+9+9+9+9+9+9+1=53, digit genap 8+9+9+9+9+9+0 = 64.
disusun begini, 6453 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
-lapisan kedua,
digit kedua ditambah dengan digit ketiga, manakala digit keempat ditambah dengan
digit pertama, 4+5 = 9, 6+3=9
disusun begini, 99 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).

Boleh lah dicuba sendiri untuk mendapatkan hasil seperti contoh di atas. Angka 9,999,999,999,999,999 merupakan angka terbesar untuk no 13 digit. Anda boleh mencuba dengan digit yang lebih besar...

Saya akan mendedahkan lagi keajaiban nombor pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih, Selamat mencuba...

~M-M~

Dikananmu Rakib dan Dikirimu Atid

Aku teringat satu kesah yang diceritakan kepadaku beberapa tahun lalu... semoga ia akan memberi sedikit pengajaran kepada rakan2...

Kisah seorang jurutera penerbangan sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara jiran kita yang tidak pernah dinaikkan pangkat semenjak 20 tahun lalu. Beliau menjalankan kerja-kerja baikpulih pesawat dan tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu. Apabila jurutera ter

sebut menemui pengurus untuk meminta dinaikkan pangkat, seringkali alasan yang sama diberikan iaitu tiada orang yg sesuai untuk menggantikan tempat jurutera tersebut. Begitulah alasan yang diberikan saban tahun sehinggakan jurutera tersebut merasa dipergunakan dan pihak pengurusan mengambil keuntungan di atas kerja yang dilaksanakannya.

Oleh kerana tidak lagi dapat menampung kos sara hidup yang semakin tinggi dan atas desakan hidup, jurutera tersebut mula mengalami masalah mental. Akibat tidak tertahan menanggung tekanan, jurutera tersebut telah menemui rakannya seorang pakar psikologi bagi mendapatkan nasihat.

Menemui rakannya yang juga ahli psikologi tersebut, Jurutera tersebut mula menceritakan segala yg terbuku dihatinya kepada ahli psikologi. "Begitulah berat tekanan saya, saya lihat rakan2 kita semua berkereta besar, rumah besar, bercuti kesana sini dengan bebas, 20 tahun saya bekerja tidak dinaikkan pangkat, padahal saya adalah seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah dan universiti dahulu dan sayalah harapan mereka. Saya malu untuk menemui mereka", jelas jurutera tersebut kepada ahli psikologi.

"MasyaAllah, wahai sahabatku, lupakah kamu masih ada makhluk yang sentiasa mengikuti kita di kanan dan kiri? Aku amat iri hati dengan pekerjaanmu. Dengan kecekapan kamu menjalankan tugasmu selama ini, beribu malah beratus ribu orang telah memperoleh manfaat. Beratus ribu orang telah selamat dalam perjalanan, berpuluh ribu telah berjaya berulang-alik ke Makkah untuk menunaikan Haji dan Umrah. Tidakkah kamu sedari selama ini kamu telah banyak berjasa?, jadi mengapa harus bersedih? Sepatutnya kamu merasa bangga dan bersyukur kerana secara tidak langsung, kamu juga beroleh pahala dan nikmat mereka yang menunaikan haji dan umrah. Dikananmu Malaikat Rakib tidak pernah lekang menulis segala kebaikan yang kamu lakukan yang berlipat kali ganda. Ingatlah, tujuan hidup kita ini adalah untuk akhirat kelak, kejayaan didunia tidak menjamin kejayaan kita diakhirat", balas ahli psikologi kepada jurutera.

"Sahabatku, kadang2 kita lupa tujuan hidup kita didunia. Kadang2 kita mula menyalahkan takdir apabila melihat orang lain senang dan kita susah. Kita juga sering merasa cemburu melihat kejayaan orang lain dan mula memasang nafsu untuk memperoleh kejayaan dunia semata. Kita juga sering digelapkan oleh kemanisan harta dunia. Kita lupa bahawa apa yang dihadapan kita itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita selagi ia tidak menyalahi hukum Allah...", tambah ahli psikologi.

Jurutera tersebut menangis teresak-esak disebabkan terlalu terharu mendengarkan penerangan dari rakannya tersebut dan terus bertekad untuk tidak akan mendesak untuk dinaikkan pangkat lagi. Cukuplah sekadar apa yang diperolehi dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik buat dirinya.

Moral of the story...

Kadang-kadang kita bekerja terlalu mengejar keduniaan sehingga kita lupakan Keberkatan, yang Halal, yang Haram dan seterusnya kita lupa tujuan sebenar hidup kita adalah untuk berjaya di Akhirat...

Sekian,


~M-M~

Sunday, September 30, 2012

Menghitung Tasbih..



Sebenarnya aku dah lama guna kaedah ni... tak sangka pula ia adalah salah satu kaedah yang pernah digunakan oleh Rasullullah. Sejarah aku menggunakan kaedah ini sebenarnya hasil dari idea yang pernah diberikan oleh ustazah ku masa aku dibangku sekolah rendah. Kaedah yang diajar oleh ustazah ku untuk menghafal asas nahu dalam bahasa arab. Jumlah ruas jari pada sebelah tangan adalah 14, begitu juga dengan jumlah asas nahu dalam bahasa arab. 

Semasa aku kanak-kanak sehingga remaja, kerap juga aku menghadiri majlis kenduri arwah (baca surah Al-Ikhlas 100,000 kali) dan disedekahkan kepada arwah. Sering kali aku terlupa membawa tasbih begitu juga dengan ramai tetamu yang lain. Antara jalan penyelesaian yang pernah digunakan oleh tuan rumah (yang tidak mempunyai tasbih banyak) adalah dengan menyediakan mangkuk2 berisi kacang hijau atau kacang tanah bagi memudahkan tetamu majlis mengira jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. 

Dari situ aku mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mempermudahkan tetamu untuk mengingati jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. Juga dapat menyelesaikan masalah apabila zikir Lailahaillallah semasa wirid atau kenduri arwah dimana seringkali juga ramai yang tidak membawa bekal tasbih. Daripada idea 14 ruas, aku mendapati jika setiap ruas dikira 2 kali/2 belah maka ia akan menghasilkan jumlah 28, kemudian dicampur dengan jumlah jari(muka ruas yang paling atas) iaitu 5, maka jumlah 28+5 = 33. Jadi jumlah 33 akan diperolehi mengikut gambarajah yang ditunjukkan. 

Bila nak guna?
i) Wirid selepas sembahyang biasanya akan menyelitkan bacaan bertasbih iaitu Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), dan Allahuakbar (33x). Cukuplah sekadar sekali pusingan untuk setiap bacaan, Insya Allah jika kita terlupa membawa tasbih, kita tak mempunyai masalah untuk mengira jumlah bacaan kita.

ii) Sesetengah imam menyelitkan bacaan Zikrullah dalam wirid selepas sembahyang, juga sewaktu kenduri arwah, atau majlis bacaan Yaasin dan tahlil, juga dalam majlis2 keagamaan. Biasanya jumlah yang akan dibaca adalah 1 tasbih atau jumlahnya 100. Maka untuk mendapat jumlah 100 hanya perlu 3 kali pusingan (33 x 3). Semasa aku kanak-kanak sehingga remaja, kerap juga aku menghadiri majlis kenduri arwah (baca surah Al-Ikhlas 100,000 kali) dan disedekahkan kepada arwah. Sering kali aku terlupa membawa tasbih begitu juga dengan ramai tetamu yang lain. Antara jalan penyelesaian yang pernah digunakan oleh tuan rumah (yang tidak mempunyai tasbih banyak) adalah dengan menyediakan mangkuk2 berisi kacang hijau atau kacang tanah bagi memudahkan tetamu majlis mengira jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. 

Dari situ aku mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mempermudahkan tetamu untuk mengingati jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. Juga dapat menyelesaikan masalah apabila zikir Lailahaillallah semasa wirid atau kenduri arwah dimana seringkali juga ramai yang tidak membawa bekal tasbih. Daripada idea 14 ruas, aku mendapati jika setiap ruas dikira 2 kali/2 belah maka ia akan menghasilkan jumlah 28, kemudian dicampur dengan jumlah jari(muka ruas yang paling atas) iaitu 5, maka jumlah 28+5 = 33. Jadi jumlah 33 akan diperolehi mengikut gambarajah yang ditunjukkan. 

Bila nak guna?
i) Wirid selepas sembahyang biasanya akan menyelitkan bacaan bertasbih iaitu Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), dan Allahuakbar (33x). Cukuplah sekadar sekali pusingan untuk setiap bacaan, Insya Allah jika kita terlupa membawa tasbih, kita tak mempunyai masalah untuk mengira jumlah bacaan kita.

ii) Sesetengah imam menyelitkan bacaan Zikrullah dalam wirid selepas sembahyang, juga sewaktu kenduri arwah, atau majlis bacaan Yaasin dan tahlil, juga dalam majlis2 keagamaan. Biasanya jumlah yang akan dibaca adalah 1 tasbih atau jumlahnya 100. Maka untuk mendapat jumlah 100 hanya perlu 3 kali pusingan (33 x 3) dan ditambah dengan 1 untuk menjadikan jumlahnya 100.

iii) Untuk majlis mensedekahkan surah Al-Ikhlas kepada arwah, biasanya seorang akan membaca sekitar 300 ke 700 jumlah surah Al-Ikhlas dalam sesebuah majlis. Jadi kaedah mengira menggunakan jadi tersebut boleh dilakukan dengan mudah juga menggunakan beberapa kaedah (method). Kaedah pertama ialah dengan mengira jumah kitaran 33 yang telah dibaca. Jari sebelah kanan untuk kira 33, manakala jari sebelah kiri untuk jumlah kitaran. cth 8 kali kitaran 33, maka jumlah bacaan adalah 264 (33,66,99,132,165,198,231,264). Jika terdapat lebihan bacaan pada jari, hanya perlu dicampur dengan 264. sangat mudah dan cepat. Kaedah kedua pula dengan menggenapkan kepada 100. Cara ini lebih murah dan cepat untuk mengingat. contoh, setiap kali selepas 3 kali kitaran 33, tambah dengan 1 bacaan untuk mendapatkan jumlah 100, 100 ini disimpan sebagai satu bahagian dijari sebelah kiri.

iv) Untuk pengiraan matematik atau asas nombor. Nombor 33, 66 dan 99 mempunyai keistimewaan tersendiri. 99 x 1 = 99, 99 x 5 = (100 x 5) - 5, sebenarnya 99 x A = (100 x A) - A. 33 x 1 = 33, 33 x 5 = 165, 33 x 12 = 396, 33 x A =( 100 x (A/3)) - A/3 .... hanya untuk nilai A yang mempunyai faktor 3. Sebenarnya banyak lagi keajaiban matematik dengan asas nombor 33 yang boleh dikongsi. akan dikongsi di masa yang lain.

v) Rahsia penggunaan jari juga sebenarnya terkandung dalam nombor 7. Dalam rajah tersebut menunjukkan setiap batang jari mewakili sifir 7 kecuali ibu jari. Banyak lagi rahsia kaitan jari dengan matematik berdasarkan rajah tersebut boleh dirungkai.

Semenjak aku mendapat Ilham untuk menggunakan muka ruas jari 33 sejak lebih 15 tahun lalu, aku tidak pernah memerlukan tasbih untuk mengira jumlah Zikir atau tasbih yang aku baca walaupun tanpa mengikut imam. Insya Allah selagi jari2ku masih ada, maka aku jarang melakukan kesilapan untuk mengira.

Sebenarnya dah lama aku bercadang nak berkongsi ilmu tentang apa yang telah aku perolehi selama ini. Namun atas masih banyak rahsia yang belum dapat aku rungkaikan serta kaitannya dengan ilmu yang lain. Semoga dengan perkongsian ini rakan2 akan dapat mengembangkan lagi ilmu tersebut.

Sekian, terima kasih.
MOHD FATHUDDIN.
12.30am 30 Sept 2012.
 

Saturday, September 29, 2012

Harga Barang Naik Lepas Belanjawan. Apa Korang Semua Buat?

Baru lepas balik minum kedai mamak di sebelah MBA, Puchong. Siot... makan megi goreng dengan air sirap limau ais medium rm7. Dan dan Ko naik rege yer lepas pembentangan budget. Gula bukan ko beli harini pon terus ko naikkan harga makanan dan minuman. 

Aku rasa ada sikit kelemahan dlm budget tahun ni la sebab DSN tadi tak letak budget utk mekanisme mengawal harga makanan. Mungkin patut tukar stratergi dengan keutamaan meningka
tkan kuasa pengguna. Perkuatkan persatuan pengguna, bagi peruntukkan utk tubuhkan persatuan pengguna setempat. Jadikan kpdnhep sebagai hub utk menyenaraikan harga patut makanan. Kalau takpon beri lebih kuasa kpd PPIM. Bagi dana utk tubuhkan banyak NGO pengguna. Didik masyarakat supaya lebih peka kepada isu2 kepenggunaan.

Yang pembangkang ni pon satu, cuba la bangkitkan banyak pasal isu pengguna, cadangkan mekanisme dan kaedah tertentu. Menangi hati rakyat dengan perjuangkan isu kenaikan harga barangan. Tapi bukan dengan bising2 kat kerajaan di parlimen sahaja, tapi melalui kaedah2 yang direct kepada peniaga atau pembekal yg suka hati naikkan harga barang. Baru la nampak kesannya... ini nak keje senang je, semua dengan mudah nak salahkan dasar, tapi hasilnya habuk pon tarak atau tak memberi kesan. Harga barang masih lagi tinggi... Asyik-asyik memekak kerajaan salah... tak habis-habis nak berpolitik. Cuba lebihkan tindakan... 

Aku lebih suka jika pembangkang banyak turun padang dan memberi jasa pada isu pengguna di saat harga barang yang semakin meninggi. Contohnya pembangkang tolong kenal pasti pekedai yg salah guna sijil halal, lepas tu hentam le kerajaan tu sebab tak kuat kuasakan Akta halal. Tak pon tolong kenal pasti pekedai yg naikkan harga barang sesuka hati, lepas tu hentam le kerajaan sebab tak buat atau kurang pemantauan.


Lagi satu cara ialah pembangkan tubuhkan NGO yang memantau harga barangan yang dijual di pasaraya ke..., atau harga barangan asas... Di samping pihak kerajaan ada statistik harga, pihak pembangkang melalui NGO pengguna juga boleh keluarkan statistik sendiri dan buat perbandingan harga. 

Aku bagi contoh harga sabun basuh berjenama Dynamo. Beberapa tahun lepas dijual pada harga 22.50 untuk yang berkapasiti 5 liter. Kemudian diturunkan kapasiti kepada 4.7 liter dengan harga yang sama. Selang beberapa  bulan kemudian kapasiti jadi 4.4 liter... Akhir sekali sekarang ni kapasitinya cuma tinggal 4.0 liter tetapi dijual pada harga yang sama... Kadang2 pengguna tertipu yang kononnya harga sabun basuh tersebut adalah murah, tetapi pada hakikatnya berlaku kenaikan yang tidak siapa peduli dan tiada siapa perjuangkan... Itu salah satu contoh... Susu juga mengalami nasib yang sama... Dulu susu dutch lady kanak2 rata2 cuma berharga Rm21.90 untuk 1.1kg. Kemudian berlaku kenaikan harga, kapasiti dikurangkan kepada 1kg tetapi harga masih sama... sekarang ni harga tag sebenarnya RM24.50 untuk 1 kg.

Sekian..


~M-M~