Sunday, November 9, 2008

MLM. Antara Etika dan Wang...


Assalamualaikum. ..

Disini saya ingin berkongsi bersama-sama tuan puan berkaitan apa yang telah saya kaji bertahun-tahun berdasarkan pelbagai jenis MLM / skim cepat kaya dan sebagainya.. .. Saya telah mula mengkaji sejak program O**GA TREND, diikuti bermacam-macam program, UP**END, NU**IN, BE****FUL, H**-O, DR SU***A dan lain-lain lagi… saya pernah hadir bermacam-macam ceramah dan seminar program yang tersebut tetapi tidak satu pon yang menarik hati saya untuk masuk kerana program tersebut banyak yang boleh dipersoalkan kebenaran dan ketelusannya. ..


Setelah saya mengkaji bermacam-macam program dan produk MLM, saya dapati…
i) harga kos untuk setiap barangan MLM tidak lebih 15% dari harga jual …, harga yang mahal adalah untuk menampung bayaran kepada orang tengah atau tangga-tangga diatas… Adakah anda masih ingin menjual sesuatu produk yang hanya bernilai tidak lebih RM 20 kepada orang lain dengan harga RM 100???? berhati-hatilah dengan apa yang anda jual…

ii) tips untuk mengetahui kestabilan sesuatu skim piramid atau MLM adalah dengan tangga. Jika sesuatu skim menawarkan bonus kepada para ahli sehingga tangga dibawah tiada limit, atau lebih dari sepuluh (bergantung kepada bonus yang ditawarkan-perlu pengiraan lanjut) maka ia adalah satu skim yang tidak stabil dan akan runtuh bila-bila masa… Skim seperti O**GA TREND, UP**END dan kebanyakkan skim internet yang lain adalah skim yang
tidak stabil… Walaubagaimanapun, kebanyakkan skim yang mempunyai barangan telah mempunyai skim yang stabil. Tetapi setelah kajian lebih mendalam saya lakukan, hasilnya seperti di i). Saya boleh menunjukkan cara kiraan untuk mengetahui sekiranya sesuatu skim itu stabil ataupun tidak.

iii) kebanyakkan ubatan yang dibeli dari skim MLM didapati mengandungi kurang kandungan dos bahan penyembuh (kandungan ubat) berbanding dari ubatan yang dibekalkan oleh doktor atau yang dijual di kedai. Maka tidak hairanlah jika kebanyakkan ubatan yang ditawarkan oleh syarikat MLM ini dengan mudah mendapat kelulusan KKM. Kebanyakkan syarikat MLM akan mengesyorkan pesakit memakan ubat yang dibeli dari MLM dengan bilangan yang banyak (contoh 6 kapsul sekali makan), walhal kandungan dos bahan yang pengubat sebenarnya adalah sama dengan satu biji ubat yang dibeli di klinik. Ini adalah salah satu taktik syarikat MLM untuk melariskan atau mempercepatkan putaran jualan bahan mereka. Contoh yang lebih senang, jika anda membeli ubatan dari syarikat MLM, anda perlu
menghabiskan dalam tempoh 2 minggu untuk sebotol. Tetapi jika anda membeli dari klinik, anda mungkin hanya perlu menghabiskan dos dalam tempoh 2 bulan.

iv) tahukah anda kebanyakkan skim ini adalah melalaikan?? pendapat saya dalah skim ini diadakan supaya manusia lalai dan hanya mementingkan materialistik semata-mata. Cara jualan skim ini yang hanya menceritakan bonus semata-mata amat tidak sehat kerana ia membawa bersama minda atau pengaruh supaya manusia mementingkan duit semata-mata dan bukan kejujuran melalui jual beli berdasarkan Islam.

v) Kebanyakkan skim MLM / Piramid, sama ada jual barang atau tidak akan menggunakan nama atau asal usul dari luar negara seperti Swiss, US, Japan, Germany, Europe dan beberapa nama negara maju yang lain. Ini adalah disebabkan sikap rakyat kita sendiri yang masih mengagungkan bangsa asing berbanding bangsa sendiri. Apabila nama negara tersebut dimasukkan di dalam profil syarikat atau barangan tersebut, maka rakyat kita akan mudah terpengaruh dengan situasi tersebut dan mempercayai barang tersebut bagus dengan mudah sekali. Amat mudah untuk menipu orang ramai di sini. Saya sendiri juga mudah terpengaruh dengan dakyah ini.

vi) Kebanyakkan skim ini akan cuba mengaitkan diri dengan nama-nama besar seperti syarikat perbankan, Syarikat hartanah, syarikat international yang besar lain supaya orang ramai mudah terpengaruh dengan skim ini dan mudah yakin dengan skim ini dengan berpendapat, syarikat besar tersebut semestinya telah mengkaji skim ini sebelum mahu menjalin hubungan.

Saya tidak menuduh semua jenis perniagaan MLM adalah salah, tetapi hampir semua skim MLM yang saya kaji boleh diragui niat dan tujuan mereka… sebenarnya saya lebih suka menunjukkan rumusan saya dengan nombor, tetapi disini saya hanya akan berbuat demikian apabila diminta sahaja…

Kalau nak tau pasal penjelasan secara Nakli boleh rujuk: http://www.zaharuddin.net

Sekian, terima kasih…


Sunday, November 9th, 2008