Sunday, October 7, 2012

Doa / Amalan Mengelakkan Harta Anda Dari Kecurian dan Perlindungan Diri Dari Menjadi Mangsa Kejahatan...

Assalamualaikum w.b.t


Sekarang ini di mana-mana kecoh kejadian pecah rumah, ragut, kes curi kenderaan dan macam-macam lagi kes jenayah jalanan yang menyebabkan kita rasa takut untuk membiarkan isteri serta anak-anak kita berjalan seorang diri walaupun di kawasan orang ramai seperti di hsopping komplex. Meletakkan harta di kawasan sendiri juga bukan menjadi satu jaminan bahawa ia akan selamat walaupun telah di pasang sistem penggera keselamatan canggih bernilai ribuan ringgit.

Seringkali kita lupa bahawa Allah lah yang Maha Berkuasa dan Allah Maha Pelindung (Al-Muhaymin) dan seringkali meminta perlindungan daripada selain Allah. Sebarang usaha fizikal untuk menyimpan harta hatta di bilik kebal yang di kawal ketat sekalipun tidak akan mampu menandingi perlindungan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Oleh yang demikian, selain usaha, ikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah juga amat penting sebagai seorang Islam.

Kita tidak mampu menghalang pencuri daripada mencuri harta kita, tetapi kita mampu untuk berdoa supaya hati pencuri tersebut dilembutkan dan tidak mencuri harta kita melalui doa dan beberapa amalan pilihan berikut:-


1. MEMAGAR ATAU PENDINDING RUMAH SECARA BATIN - (Amalan Tok Bahaman)

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) pijak/ketuk hingga tenggelam paras bumi. Pijak teras kayu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang dan ungkapkan:

"Ini tembok Nabi Sulaiman
Dalamnya laut luarnya kota
Kalau kamu pecah kota ini
Kamu akan berenang dalam laut"

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Kemudian bacalah bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.






Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dan ulang langkah dari awal sehingga kembali ke penjuru yang mula-mula. Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.


2. DOA MENGELAKKAN BENCANA RUMAH

Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.


(Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)


3. BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Dibaca sewaktu hendak keluar dari rumah selepas membaca doa keluar rumah.

Doa ini boleh juga di baca jika tertinggal barangan berharga di rumah atau di dalam kereta tetapi mendapati agak sulit untuk kembali ke tempat tersebut secepatnya kerana mahu bersolat, jauh bekerja atau sebagainya.

"اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ"

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”.


4. DOA UNTUK MENDAPAT PENJAGAAN ALLAH PADA DIRI, AGAMA, KELUARGA, DAN HARTA BENDA: 

(Amalan Rasulullah pagi dan petang)

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى

Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kekemaafan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, dan tenangkanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah aku dari sudut hadapanku, dari sudut belakangku, sebelah kananku, sebelah kiriku, dan dari sebelah atasku. Dan aku meminta perlindungan dengan keagonganMu daripada aku terpedaya dari arah bawahku (yakni: dari tertimbus dalam bumi).


5. DOA YANG DIAJARKAN RASULULLAH UNTUK TERHINDAR DARI KEMUDHARATAN DISEPANJANG HARI TERSEBUT.

dibaca 3 kali pagi dan 3 kali petang.




6. DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.


(Surah Al Mukminun: Ayat 28)


7. AYAT PAKU BUMI (Amalan Tok Janggut).



Dibaca semasa mengunci pintu rumah atau dibaca kepada harta benda dan lain-lain yang dirasai berharga, Insya ALLAH akan menyebabkan orang lain tidak berkeinginan mengambilnya tanpa hak dan izin. Pastikan semasa menyebut Muhammad, gantung lidah ke lelangit.

Sesuai juga di baca semasa mengunci kenderaan atau meninggalkan sebentar barangan berharga di dalam kenderaan kerana ingin menunaikan Solat, makan, mesyuarat atau sebagainya (perkara yang baik)... 




Sekian.

~MM~

Thursday, October 4, 2012

Teka-teki untuk Graduan atau Bakal Graduan...

Ali seorang bakal graduan sebuah Universiti tempatan telah diarahkan oleh pensyarahnya bagi menyelesaikan satu masalah iaitu :-

Soalannya...

Bagaimana mengukur lebar sungai tanpa perlu menyeberangi sungai tersebut? Di tebing sungai sebelah sana terdapat sebatang pokok yang betul-betul di hujung tebing dan dahannya mengunjur ke sungai. Kamu hanya dibekalkan sebarang pembaris dan sebilah parang"...

"Jika kamu tidak berjaya menyelesaikan masalah tersebut, maka kamu belum layak untuk menerima Ijazah serta belum layak untuk berhadapan dengan masyarakat. Kamu harus pandai untuk mengaplikasikan apa yang kamu pelajari sejak di bangku sekolah hingga di universiti untuk kegunaan di luar sana", tambah pensyarah tersebut.

Bantulah Ali...

~MM~

Jika Aku Seorang Setia Usaha Agung FAM...



Sukan merupakan salah satu medium penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. FAM yang menaungi sukan bola sepak di negara kita sepatutnya lebih peka dan aktif dengan misi 1Malaysia DSN bagi menyatukan pelbagai kaum di Malaysia. Prestasi pasukan bola sepak semasa sentiasa menjadi penentu bagi melihat kebanjiran penonton tak kira bangsa.

Jika saya Setia Usaha Agung FAM, beberapa perubahan penting akan saya lakukan demi untuk masa depan bola sepak negara...
  1. Mewajibkan semua stadium negeri supaya di tukar jenis rumput dan tanah. Apabila menonton perlawanan bola sepak sama ada liga perdana ataupun liga super, sering kali direncatkan oleh keadaan padang yang teruk. Bola yang dihantar melantun-lantun dan menyukarkan pemain untuk mengendali bola. Rumput yang terlalu tebal juga sebenarnya menyebabkan banyak berlaku pembaziran tenaga untuk bergerak disebabkan daya seretan yang tinggi. Lihat sahaja pemain kita yang cepat keletihan. Salah satu faktor adalah padang yang rosak dan menyerap tenaga.
  2. Menambah jumlah padang berkualiti di sekolah. Padang yang cantik bukan hanya untuk peringkat tinggi, ia perlulah didedahkan dari peringkat rendah lagi supaya bakat akan lebih cepat diasah dan dikesan.
  3. Menghebohkan di media dan surat khabar tentang kekayaan pemain bola sepak tempatan dan kontrak pendapatan mereka bagi menarik perhatian anak-anak muda untuk menjadikan pemain bola sebagai salah satu pilihan kerjaya.
  4. Meningkatkan peluang pemain bola sepak untuk menjadi selebriti sukan dan memberi pendedahan awal tentang pelbagai prospek yang ada dalam permainan bola sepak.
  5. Melantik pemain terulung negara untuk menjadi penceramah dan duta bola sepak untuk peringkat sekolah bagi meningkatkan motivasi bakal pemain profesional dan peminat.
  6. Memastikan agar ranking bola sepak negara berada pada sekurang-kurangnya 120. Ini dilakukan dengan menganjurkan banyak perlawanan persahabatan berstatus A dan berusaha untuk layak ke peringkat yang lebih tinggi dalam piala Asia atau Piala Dunia.
  7. Pengehadkan penyertaan pemain import (usia tidak melebihi 27 tahun) bagi memastikan ia sentiasa cergas bagi mengekalkan kerancakkan permainan.
  8. Meningkatkan latihan asas kepada para pemain. Ini kerana dapat dilihat perkara asas juga gagal dilakukan dengan baik oleh para pemain.
  9. Mengeluarkan AJK FAM yang kurang memberi sumbangan atau dengan memperkenalkan KPI kepada para AJK FAM diperingkat pusat mahupun negeri.
  10. Menubuhkan pusat latihan bola sepak berprestasi tinggi di dalam negara. Tidak perlu buat di luar negara. Kepakaran jurutera, ahli fizik dan ahli sains dalam negara sebenarnya mampu untuk menjadikan bola sepak sebagai sukan moden berasaskan prinsip sains yang boleh diaplikasikan oleh para pemain. Contohnya teknik menyepak bola dengan betol, teknik sepakan lencong, teknik larian yang betol, teknik lompatan untuk melonjak dengan sempurna, teknik jatuhan dan macam-macam lagi yang boleh diaplikasikan daripada ilmu sains.
  11. Pakar fisio serta pakar pemakanan dalam negara juga sebenarnya cukup dan perlu digunakan sebaik mungkin dalam sukan bola sepak.
  12. Mencari dan melatih pakar fisio moden untuk mempelajari teknik urutan Melayu traditional yang mampu menyembuhkan kecederaan dengan lebih pantas. Disamping dapat mengelakkan ilmu tersebut daripada lenyap, ia juga dijangka akan meningkatkan taraf tukang urut melayu tradisional dan seterusnya memelihara warisan melayu.
  13. Meneruskan program soccer kids yang semakin hebat setiap tahun persaingannya. Bakat-bakat baru perlu digilap disamping tidak dibiarkan ia bertukar bidang apabila dewasa kelak.
  14. Memohon agar setiap perlawanan yang membabitkan skuad negara dan skuad negeri ditunjukkan live di TV. 
  15. Kejohanan besar bagi pertandingan futsal juga perlu ditunjukkan di TV secara Live bagi merangsang minat semua golongan. 


.....................






~M-M~

Harimau Jatuh Tangga...





Pagi tadi kita dikejutkan dengan penurunan ranking bolasepak Malaysia di dalam senarai FIFA. Bermula dari ranking ke 140 dunia pada Januari 2012 dan semakin menurun menjelang hujung tahun. Sebenarnya ramai telah menduga tentang penurunan ini selepas kekalahan Harimau Malaya di tangan Vietnam bulan lalu di gelanggang sendiri. Kekalahan tersebut sebenarnya telah mengejutkan banyak pihak di apabila rakyat Malaysia berharap Harimau Malaya akan berjaya mengekalkan piala AFF Suzuki yang dimenangi 2 tahun lalu.

Banyak perkara dilihat menjadi faktor penurunan ranking tersebut disebalik kekalahan perlawanan persahabatan berstatus A. Sikap jurulatih K. Rajagopal dan pengurusan FAM yang tidak melihat ranking sebagai suatu ganjaran sebenarnya banyak memerangkap skuad Harimau Malaya. Apabila ranking dianggap tidak penting, maka perlawanan persahabatan di anggap kurang penting dan kerapkali digunakan sebagai medan ujikaji baru pemain. Mungkin ada benarnya perlawanan persahabatan dianggap medan ujikaji pemain, tetapi biarlah ia bukan suatu ujikaji yang berisiko tinggi yang bakal merundumkan ranking.

Mengapa ranking penting?, ranking sebenarnya adalah penting bagi membolehkan para pemain kita bermain di liga bolasepak hebat seperti EPL, La Liga dan sebagainya. Apabila pemain di anggap gagal membantu negara untuk maju, pemain tersebut juga secara tidak langsung akan dianggap gagal. Pendedahan dengan cara permainan, corak latihan dan persaingan yang tinggi sebenarnya banyak membantu peningkatan mutu pemain negara. Dengan beraksi di Liga ternama dunia, secara tak langsung mutu pemain bolasepak negara akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan pemain lain bertaraf dunia. Pemain berbakat seperti Akmar Rizal Rakli, Indra Putra Mahyuddin adalah antara nama2 besar dalam bolasepak negara yang menyaksikan mereka pernah beraksi dalam pentas liga yang berbeza.

Jika di negara-negara Eropah dan Amerika Selatan, perlawanan diantara negara seperti Piala Copa Amerika, Kejohanan EURO dan Piala Arfika dianggap sebagai suatu medan untuk menonjolkan diri untuk pemain bagi menarik perhatian kelab-kelab ternama dunia, perkara ini dilihat berbeza berlaku di sini. Walaupun berjaya memenangi Piala AFF Suzuki namun oleh kerana ranking kita yang sangat rendah, pemain kita sebenarnya sukar untuk mononjolkan diri diperingkat lebih tinggi disebabkan ranking negara yang jauh. Ia sebenarnya satu kerugian bukan sahaja kepada pembangunan pemain, tetapi bola sepak Malaysia secara keseluruhannya. Sepatutnya, perlawanan persahabatan perlu dianggap sama penting dengan perlawanan di kejohanan sebenar disamping untuk menarik sokongan penonton yang mengharapkan permainan berkualiti ditunjukkan oleh para pemain dan bukan permainan ujikaji.

Sebagai peminat setia Harimau Malaya, kami pastinya menantikan aksi terbaik dan berkualiti ditunjukkan dalam setiap perlawanan dan bukan permainan sambil lewa. Kemenangan bukan ukuran tetapi semangat melawan dan keserasian pemain menjadi ukuran dan ulasan dalam setiap perlawanan. Mungkin jurulatih menyangka peminat seperti kami hanya mengharapkan kemenangan sahaja, tetapi bagi kami di sini tempoh 90 minit sebagai penonton sudah cukup menjadikan kami pelbagai watak daripada jurulatih, kepada pengulas sukan, pengkritik, penyokong, pembangkang, referee, lines man dan juga sebagai pemain atau pengurus. Kemenangan atau kekalahan hanya dirasai selepas permainan berakhir. Tetapi perasaan marah, benci, gembira, debaran, fedup, menjerit, kecewa, suka, ketawa akan dirasai sepanjang tempoh permainan 90 minit

Sekian,

~M-M~

Perkara2 yg boleh merosakkan diri...

Perkara2 yg boleh merosakkan diri...

i) politik tanpa prinsip, 

ii) kekayaan tanpa usaha, 

iii) kegembiraan tanpa kawalan, 

iv) ilmu tanpa amal, 

v) perniagaan tanpa moraliti, 

vi) kepercayaan tanpa pengorbanan, 

vii) sains tanpa kemanusiaan.





~M-M~

Wednesday, October 3, 2012

Keunikan no 7 yg kita tidak ketahui...



Tahukah anda bahawa no 7 mempunyai keunikan yang mampu menjadikan mulut anda ternganga... dan fikiran anda seakan percaya atau tidak percaya?

Dalam Islam No 7 mempunyai keisimewaan yang tersendiri seperti Allah menjadikan bumi ini dalam tempoh 7 hari, lapisan langit ketujuh, 7 kaki dalam kubur, 7 ayat dalam Surah Al-Fatihah, 7 likur, 7 hari dalam seminggu dan banyak lagi yang mempunyai kaitan dengan no 7.

Dalam penulisan saya sebelum ini, jumlah muka ruas satu jari ada 7 juga. Tetapi tahukah, daripada angka 7 ini banyak keunikan/keajaiban yang setengahnya tidak mampu ditafsirkan dengan logik akal...

No berulang umpama kitaran jam.
- Jika seseorang bertanya kepada saya apakah no 6 digit pilihan saya? Saya akan pilih 142,857. Mengapa saya memilih nombor ini? Sebab saya boleh mengira hasil darab no ini tanpa menggunakan calculator...
   142,857 x 1 = 142,857
   142,857 x 2 = 285,714
   142,857 x 3 = 428,571
   142,857 x 4 = 571,428
   142,857 x 5 = 714,285
   142,857 x 6 = 857,142 

Jawapan bagi keseluruhan hasil darab berikut adalah urutan hasil nombor asal yang sentiasa berpusing dan berulang2... hebat? 

Lihat pula hasil darab seterusnya... 142,857 x 7 = 999,999 > Mengapa lain?

Kita Teruskan... 142,857 x 8 = 1,142,856 >> cuba lihat betul-betul... jika kita tutup angka 1 di hadapan, maka yang tinggal adalah angka 142,856 dan angka satu yang ditutup tadi dicampur di hujung no 142,856, maka akan kembali menjadi 142,857... Cool...

Kita teruskan... dengan kaedah yang sama kita akan dapati...
142,857 x 9 = 1,285,713 >> 285,713 + 1 = 285,714
142,857 x 10 = 1,428,570 >> 428,570 + 1 = 428,571
142,857 x 11 = 1,571,427 >> 571,427 + 1 = 571,428
142,857 x 12 = 1,714,284 >> 714,284 + 1 = 714,285
142,857 x 13 = 1,857,141 >> 857,141 + 1 = 857,142
142,857 x 14 = 1,999,998 >> 999,998 + 1 = 999,999
.
.
.
142,857 x 88 = 12,571,416 >> 571,416+12 = 571,428
dan seterusnya....

Setelah melihat hubungkaitnya, bagaimana untuk mengira hasil darab 142,857 tanpa perlu calculator?

Cuba ini... 142,857 x 25 = ??

Dari hasil darab di atas, dapat kita ketahui setiap kali di darab dengan nombor yang mempunyai faktor 7, maka akan menghasilkan 999,999 atau no yang menghampiri angka bulat.
Maka, 25 / 7 = 3 + 4/7
Ambil 3 sebagai digit pertama 3,xxx,xxx
Digit seterusnya yang bertanda x hanya berlu diambil dari nombor itu sendiri iaitu hasil darab dengan 4 seperti di atas dan di tolak dengan angka 3

571,428 - 3 = 571,425,
Maka jawapan untuk 142,857 x 25 = 3,571,425....
Hebat bukan... tidak perlu calculator, dan tidak perlu pengiraan yg panjang... hanya perlu hafal sifir 7... heheheh

Bagaimana ia berlaku? Dari mana nombor 142,857 diperolehi?

Angka 142,857 adalah hasil dari nombor 1 dibahagi dengan nombor 7,  1/7 = 0.142857142857142857.... Lihat betul-betul hasil bahagi ini, nombor 142,857 berulang sehingga infiniti... Hasil no berulang ini hanya boleh diperolehi dari angka 7 sahaja...

Sekian...

~M-M~

 

Soalan matematik untuk pekedai Kedai Rakyat 1 Malaysia



Ali ke kedai rakyat 1 Malaysia untuk membeli beberapa barang keperluan. "gula-gula, jajan, pensil dan ais krim semuanya RM 1.70", kata pekedai. "saya membeli 2 biji gula-gula yang berharga 2 sen sebijik, 4 batang pensil yang berharga 5 sen sebatang, 8 bungkus jajan dan 12 ais krim yang saya tak ingat harganya. Tanpa perlu mengira, tak mungkin jumlahnya RM 1.70". Jawab Ali.

Mengapa tidak ??"


~M-M~

teka-teki untuk orang genius 6


Daud meminta no telefon dari Erin, namun Erin hanya memberi tahu, langkah 1, pilih nombor kosong dan tulis, kemudian tambah 1 pada nombor terakhir dan tulis, tambah 4 pada nombor terakhir dan tulis, jika jumlah nombor kurang dari 11, ulang langkah 2 dan seterusnya. 

Berapa no telefon Erin?"


~M-M~

Berbaik baik sesama Islam

Jgn jadikan politik satu barrier, jadikan agama bangsa sbg satu persatuan.

* Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya." Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari Muslim]

"Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayangï" Al Hujuraat ayat 10.

Monday, October 1, 2012

Keajaiban No 99


Keajaiban no 99. Kali ini aku nak sambung penulisan aku dari post yang lepas. Berkenaan no 99 yang diperolehi dari 3 kitaran muka ruas jari. Seperti yang semua sedia maklum, angka 99 juga merupakan jumlah Nama-nama Allah seperti yang terkan
dung di dalam Al-Quran. Daripada garisan tangan juga menghasilkan nombor 99 daripada 81+18 dalam tulisan arab.



i) No 99 jika didarab dengan sebarang no sehingga 18 digit, hasil tambah setiap nombor sehingga menghasilkan 1 digit akan mendapat hasil 9. Contoh:-

99 x 1 = 99, 9+9=18, 1+8 = 9.
99 x 16 = 1,548, 1+5+4+8=18, 1+8 = 9.
99 x 1,535 = 151,965, 1+5+1+9+6+5 = 27, 2+7 = 9.
.
.
.
99 x 9,999,999,999,999,999 = 989,999,999,999,901, 9+8+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+0+1 = 117, 1+1+7=9


ii) No 99 jika didarab dengan sebarang no sehingga 18 digit, hasil tambah digit genap dan digit ganjil pada lapisan pertama, pada lapisan kedua hasil tambah digit pertama dan digit keempat, serta digit kedua dan digit ketiga akan menghasilkan nombor 99. Contoh:-

99 x 1 = 99, digit genap dan digit ganjil hanya 99.
99 x 16 = 1,584,
-lapisan pertama,
digit genap 1+8=9, digit ganjil 5+4 = 9.
disusun begini, 99 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
99 x 1,535 = 151,965,
-lapisan pertama,
digit genap 1+1+6=8, digit ganjil 5+9+5 = 19.
disusun begini, 819 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
-lapisan kedua,
digit kedua ditambah dengan digit ketiga, manakala digit keempat ditambah dengan
digit pertama, 8+1 = 9, 0+9=9
disusun begini, 99 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
.
.
.
99 x 9,999,999,999,999,999 = 989,999,999,999,901,
-lapisan pertama,
digit ganjil 9+9+9+9+9+9+9+1=53, digit genap 8+9+9+9+9+9+0 = 64.
disusun begini, 6453 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).
-lapisan kedua,
digit kedua ditambah dengan digit ketiga, manakala digit keempat ditambah dengan
digit pertama, 4+5 = 9, 6+3=9
disusun begini, 99 (jumlah digit genap sentiasa dihadapan).

Boleh lah dicuba sendiri untuk mendapatkan hasil seperti contoh di atas. Angka 9,999,999,999,999,999 merupakan angka terbesar untuk no 13 digit. Anda boleh mencuba dengan digit yang lebih besar...

Saya akan mendedahkan lagi keajaiban nombor pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih, Selamat mencuba...

~M-M~

Dikananmu Rakib dan Dikirimu Atid

Aku teringat satu kesah yang diceritakan kepadaku beberapa tahun lalu... semoga ia akan memberi sedikit pengajaran kepada rakan2...

Kisah seorang jurutera penerbangan sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara jiran kita yang tidak pernah dinaikkan pangkat semenjak 20 tahun lalu. Beliau menjalankan kerja-kerja baikpulih pesawat dan tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu. Apabila jurutera ter

sebut menemui pengurus untuk meminta dinaikkan pangkat, seringkali alasan yang sama diberikan iaitu tiada orang yg sesuai untuk menggantikan tempat jurutera tersebut. Begitulah alasan yang diberikan saban tahun sehinggakan jurutera tersebut merasa dipergunakan dan pihak pengurusan mengambil keuntungan di atas kerja yang dilaksanakannya.

Oleh kerana tidak lagi dapat menampung kos sara hidup yang semakin tinggi dan atas desakan hidup, jurutera tersebut mula mengalami masalah mental. Akibat tidak tertahan menanggung tekanan, jurutera tersebut telah menemui rakannya seorang pakar psikologi bagi mendapatkan nasihat.

Menemui rakannya yang juga ahli psikologi tersebut, Jurutera tersebut mula menceritakan segala yg terbuku dihatinya kepada ahli psikologi. "Begitulah berat tekanan saya, saya lihat rakan2 kita semua berkereta besar, rumah besar, bercuti kesana sini dengan bebas, 20 tahun saya bekerja tidak dinaikkan pangkat, padahal saya adalah seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah dan universiti dahulu dan sayalah harapan mereka. Saya malu untuk menemui mereka", jelas jurutera tersebut kepada ahli psikologi.

"MasyaAllah, wahai sahabatku, lupakah kamu masih ada makhluk yang sentiasa mengikuti kita di kanan dan kiri? Aku amat iri hati dengan pekerjaanmu. Dengan kecekapan kamu menjalankan tugasmu selama ini, beribu malah beratus ribu orang telah memperoleh manfaat. Beratus ribu orang telah selamat dalam perjalanan, berpuluh ribu telah berjaya berulang-alik ke Makkah untuk menunaikan Haji dan Umrah. Tidakkah kamu sedari selama ini kamu telah banyak berjasa?, jadi mengapa harus bersedih? Sepatutnya kamu merasa bangga dan bersyukur kerana secara tidak langsung, kamu juga beroleh pahala dan nikmat mereka yang menunaikan haji dan umrah. Dikananmu Malaikat Rakib tidak pernah lekang menulis segala kebaikan yang kamu lakukan yang berlipat kali ganda. Ingatlah, tujuan hidup kita ini adalah untuk akhirat kelak, kejayaan didunia tidak menjamin kejayaan kita diakhirat", balas ahli psikologi kepada jurutera.

"Sahabatku, kadang2 kita lupa tujuan hidup kita didunia. Kadang2 kita mula menyalahkan takdir apabila melihat orang lain senang dan kita susah. Kita juga sering merasa cemburu melihat kejayaan orang lain dan mula memasang nafsu untuk memperoleh kejayaan dunia semata. Kita juga sering digelapkan oleh kemanisan harta dunia. Kita lupa bahawa apa yang dihadapan kita itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita selagi ia tidak menyalahi hukum Allah...", tambah ahli psikologi.

Jurutera tersebut menangis teresak-esak disebabkan terlalu terharu mendengarkan penerangan dari rakannya tersebut dan terus bertekad untuk tidak akan mendesak untuk dinaikkan pangkat lagi. Cukuplah sekadar apa yang diperolehi dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik buat dirinya.

Moral of the story...

Kadang-kadang kita bekerja terlalu mengejar keduniaan sehingga kita lupakan Keberkatan, yang Halal, yang Haram dan seterusnya kita lupa tujuan sebenar hidup kita adalah untuk berjaya di Akhirat...

Sekian,


~M-M~

Sunday, September 30, 2012

Menghitung Tasbih..



Sebenarnya aku dah lama guna kaedah ni... tak sangka pula ia adalah salah satu kaedah yang pernah digunakan oleh Rasullullah. Sejarah aku menggunakan kaedah ini sebenarnya hasil dari idea yang pernah diberikan oleh ustazah ku masa aku dibangku sekolah rendah. Kaedah yang diajar oleh ustazah ku untuk menghafal asas nahu dalam bahasa arab. Jumlah ruas jari pada sebelah tangan adalah 14, begitu juga dengan jumlah asas nahu dalam bahasa arab. 

Semasa aku kanak-kanak sehingga remaja, kerap juga aku menghadiri majlis kenduri arwah (baca surah Al-Ikhlas 100,000 kali) dan disedekahkan kepada arwah. Sering kali aku terlupa membawa tasbih begitu juga dengan ramai tetamu yang lain. Antara jalan penyelesaian yang pernah digunakan oleh tuan rumah (yang tidak mempunyai tasbih banyak) adalah dengan menyediakan mangkuk2 berisi kacang hijau atau kacang tanah bagi memudahkan tetamu majlis mengira jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. 

Dari situ aku mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mempermudahkan tetamu untuk mengingati jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. Juga dapat menyelesaikan masalah apabila zikir Lailahaillallah semasa wirid atau kenduri arwah dimana seringkali juga ramai yang tidak membawa bekal tasbih. Daripada idea 14 ruas, aku mendapati jika setiap ruas dikira 2 kali/2 belah maka ia akan menghasilkan jumlah 28, kemudian dicampur dengan jumlah jari(muka ruas yang paling atas) iaitu 5, maka jumlah 28+5 = 33. Jadi jumlah 33 akan diperolehi mengikut gambarajah yang ditunjukkan. 

Bila nak guna?
i) Wirid selepas sembahyang biasanya akan menyelitkan bacaan bertasbih iaitu Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), dan Allahuakbar (33x). Cukuplah sekadar sekali pusingan untuk setiap bacaan, Insya Allah jika kita terlupa membawa tasbih, kita tak mempunyai masalah untuk mengira jumlah bacaan kita.

ii) Sesetengah imam menyelitkan bacaan Zikrullah dalam wirid selepas sembahyang, juga sewaktu kenduri arwah, atau majlis bacaan Yaasin dan tahlil, juga dalam majlis2 keagamaan. Biasanya jumlah yang akan dibaca adalah 1 tasbih atau jumlahnya 100. Maka untuk mendapat jumlah 100 hanya perlu 3 kali pusingan (33 x 3). Semasa aku kanak-kanak sehingga remaja, kerap juga aku menghadiri majlis kenduri arwah (baca surah Al-Ikhlas 100,000 kali) dan disedekahkan kepada arwah. Sering kali aku terlupa membawa tasbih begitu juga dengan ramai tetamu yang lain. Antara jalan penyelesaian yang pernah digunakan oleh tuan rumah (yang tidak mempunyai tasbih banyak) adalah dengan menyediakan mangkuk2 berisi kacang hijau atau kacang tanah bagi memudahkan tetamu majlis mengira jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. 

Dari situ aku mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mempermudahkan tetamu untuk mengingati jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya. Juga dapat menyelesaikan masalah apabila zikir Lailahaillallah semasa wirid atau kenduri arwah dimana seringkali juga ramai yang tidak membawa bekal tasbih. Daripada idea 14 ruas, aku mendapati jika setiap ruas dikira 2 kali/2 belah maka ia akan menghasilkan jumlah 28, kemudian dicampur dengan jumlah jari(muka ruas yang paling atas) iaitu 5, maka jumlah 28+5 = 33. Jadi jumlah 33 akan diperolehi mengikut gambarajah yang ditunjukkan. 

Bila nak guna?
i) Wirid selepas sembahyang biasanya akan menyelitkan bacaan bertasbih iaitu Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), dan Allahuakbar (33x). Cukuplah sekadar sekali pusingan untuk setiap bacaan, Insya Allah jika kita terlupa membawa tasbih, kita tak mempunyai masalah untuk mengira jumlah bacaan kita.

ii) Sesetengah imam menyelitkan bacaan Zikrullah dalam wirid selepas sembahyang, juga sewaktu kenduri arwah, atau majlis bacaan Yaasin dan tahlil, juga dalam majlis2 keagamaan. Biasanya jumlah yang akan dibaca adalah 1 tasbih atau jumlahnya 100. Maka untuk mendapat jumlah 100 hanya perlu 3 kali pusingan (33 x 3) dan ditambah dengan 1 untuk menjadikan jumlahnya 100.

iii) Untuk majlis mensedekahkan surah Al-Ikhlas kepada arwah, biasanya seorang akan membaca sekitar 300 ke 700 jumlah surah Al-Ikhlas dalam sesebuah majlis. Jadi kaedah mengira menggunakan jadi tersebut boleh dilakukan dengan mudah juga menggunakan beberapa kaedah (method). Kaedah pertama ialah dengan mengira jumah kitaran 33 yang telah dibaca. Jari sebelah kanan untuk kira 33, manakala jari sebelah kiri untuk jumlah kitaran. cth 8 kali kitaran 33, maka jumlah bacaan adalah 264 (33,66,99,132,165,198,231,264). Jika terdapat lebihan bacaan pada jari, hanya perlu dicampur dengan 264. sangat mudah dan cepat. Kaedah kedua pula dengan menggenapkan kepada 100. Cara ini lebih murah dan cepat untuk mengingat. contoh, setiap kali selepas 3 kali kitaran 33, tambah dengan 1 bacaan untuk mendapatkan jumlah 100, 100 ini disimpan sebagai satu bahagian dijari sebelah kiri.

iv) Untuk pengiraan matematik atau asas nombor. Nombor 33, 66 dan 99 mempunyai keistimewaan tersendiri. 99 x 1 = 99, 99 x 5 = (100 x 5) - 5, sebenarnya 99 x A = (100 x A) - A. 33 x 1 = 33, 33 x 5 = 165, 33 x 12 = 396, 33 x A =( 100 x (A/3)) - A/3 .... hanya untuk nilai A yang mempunyai faktor 3. Sebenarnya banyak lagi keajaiban matematik dengan asas nombor 33 yang boleh dikongsi. akan dikongsi di masa yang lain.

v) Rahsia penggunaan jari juga sebenarnya terkandung dalam nombor 7. Dalam rajah tersebut menunjukkan setiap batang jari mewakili sifir 7 kecuali ibu jari. Banyak lagi rahsia kaitan jari dengan matematik berdasarkan rajah tersebut boleh dirungkai.

Semenjak aku mendapat Ilham untuk menggunakan muka ruas jari 33 sejak lebih 15 tahun lalu, aku tidak pernah memerlukan tasbih untuk mengira jumlah Zikir atau tasbih yang aku baca walaupun tanpa mengikut imam. Insya Allah selagi jari2ku masih ada, maka aku jarang melakukan kesilapan untuk mengira.

Sebenarnya dah lama aku bercadang nak berkongsi ilmu tentang apa yang telah aku perolehi selama ini. Namun atas masih banyak rahsia yang belum dapat aku rungkaikan serta kaitannya dengan ilmu yang lain. Semoga dengan perkongsian ini rakan2 akan dapat mengembangkan lagi ilmu tersebut.

Sekian, terima kasih.
MOHD FATHUDDIN.
12.30am 30 Sept 2012.
 

Saturday, September 29, 2012

Harga Barang Naik Lepas Belanjawan. Apa Korang Semua Buat?

Baru lepas balik minum kedai mamak di sebelah MBA, Puchong. Siot... makan megi goreng dengan air sirap limau ais medium rm7. Dan dan Ko naik rege yer lepas pembentangan budget. Gula bukan ko beli harini pon terus ko naikkan harga makanan dan minuman. 

Aku rasa ada sikit kelemahan dlm budget tahun ni la sebab DSN tadi tak letak budget utk mekanisme mengawal harga makanan. Mungkin patut tukar stratergi dengan keutamaan meningka
tkan kuasa pengguna. Perkuatkan persatuan pengguna, bagi peruntukkan utk tubuhkan persatuan pengguna setempat. Jadikan kpdnhep sebagai hub utk menyenaraikan harga patut makanan. Kalau takpon beri lebih kuasa kpd PPIM. Bagi dana utk tubuhkan banyak NGO pengguna. Didik masyarakat supaya lebih peka kepada isu2 kepenggunaan.

Yang pembangkang ni pon satu, cuba la bangkitkan banyak pasal isu pengguna, cadangkan mekanisme dan kaedah tertentu. Menangi hati rakyat dengan perjuangkan isu kenaikan harga barangan. Tapi bukan dengan bising2 kat kerajaan di parlimen sahaja, tapi melalui kaedah2 yang direct kepada peniaga atau pembekal yg suka hati naikkan harga barang. Baru la nampak kesannya... ini nak keje senang je, semua dengan mudah nak salahkan dasar, tapi hasilnya habuk pon tarak atau tak memberi kesan. Harga barang masih lagi tinggi... Asyik-asyik memekak kerajaan salah... tak habis-habis nak berpolitik. Cuba lebihkan tindakan... 

Aku lebih suka jika pembangkang banyak turun padang dan memberi jasa pada isu pengguna di saat harga barang yang semakin meninggi. Contohnya pembangkang tolong kenal pasti pekedai yg salah guna sijil halal, lepas tu hentam le kerajaan tu sebab tak kuat kuasakan Akta halal. Tak pon tolong kenal pasti pekedai yg naikkan harga barang sesuka hati, lepas tu hentam le kerajaan sebab tak buat atau kurang pemantauan.


Lagi satu cara ialah pembangkan tubuhkan NGO yang memantau harga barangan yang dijual di pasaraya ke..., atau harga barangan asas... Di samping pihak kerajaan ada statistik harga, pihak pembangkang melalui NGO pengguna juga boleh keluarkan statistik sendiri dan buat perbandingan harga. 

Aku bagi contoh harga sabun basuh berjenama Dynamo. Beberapa tahun lepas dijual pada harga 22.50 untuk yang berkapasiti 5 liter. Kemudian diturunkan kapasiti kepada 4.7 liter dengan harga yang sama. Selang beberapa  bulan kemudian kapasiti jadi 4.4 liter... Akhir sekali sekarang ni kapasitinya cuma tinggal 4.0 liter tetapi dijual pada harga yang sama... Kadang2 pengguna tertipu yang kononnya harga sabun basuh tersebut adalah murah, tetapi pada hakikatnya berlaku kenaikan yang tidak siapa peduli dan tiada siapa perjuangkan... Itu salah satu contoh... Susu juga mengalami nasib yang sama... Dulu susu dutch lady kanak2 rata2 cuma berharga Rm21.90 untuk 1.1kg. Kemudian berlaku kenaikan harga, kapasiti dikurangkan kepada 1kg tetapi harga masih sama... sekarang ni harga tag sebenarnya RM24.50 untuk 1 kg.

Sekian..


~M-M~

Tuesday, September 11, 2012

Harga Minyak Masak di Malaysia Mahal?





"The Malaysian palm oil industry has also been under pressure from low prices, which have declined more than eight per cent this year". >> Harga CPO tengah turun. Harap2 harga minyak masak pon turun. Tapi pendapatan petani / penanam sawit juga turun. Harga saham syarikat minyak sawit pon turun. 

Semalam baru balik dari Beijing. Company Outing kesana... Terima kasih kerajaan PACE kerana membawa kami berjalan2 ke sana. Nak cerita sikit pasal pengalaman di sana... Harga minyak masak di sana (untuk minyak 5liter) paling murah 68 raminbi atau RM 34 sebotol... mak aih... MAHAL GILER... kat Malaysia baru RM 13.35 sebotol yang 5 liter. Bersyukur tinggal di malaysia, negara yang aman makmur...


~M-M~

Wednesday, August 8, 2012

Turunkan Harga Kereta? Antara Realiti dan Fantasi...





Hari ni aku nak menulis isu yang dah beberapa lama aku pendam...

Kecoh la sekejap harituh manifesto seorang pemimpin parti politik yang menyatakan akan menurunkan harga kereta sekiranya partinya menang pilihanraya. Sebenarnya aku sangat setuju kalau harga kereta diturunkan, bukan sahaja harga kereta, kalau boleh semua barang turun harga, interest bank, rumah, tanah, wang hantaran pon turun, harga
 makanan, harga baju POLO, harga jeans Levi's dll. Dengan itu, tak perlu nak carik kerja gaji besar2... dapat gaji kecik pon dah boleh mewah...

Berdegar2 lah pemimpin tersebut menunjukkan bukti dan kaedah bagaimana nak menurunkan harga kereta tersebut iaitu dengan menurunkan duti eksais yang bernilai 75% ke 120% dari pada harga kereta semasa. Dengan penurunan ini harga semasa kereta proton akan tetap kekal rendah apabila kereta proton juga akan direndahkan cukai. Teori tersebut memang bagus dan cadangan tersebut adalah amat baik sekali. Bolehlah kiranya ia diteruskan.

Namun beberapa persoalan masih lagi timbul. Iaitu adakah benar jika duti eksais dihapuskan atau dikurangkan bahawa harga kereta akan turun? mari kita buat study sikit... Sistem ekonomi di Malaysia banyak dikuasai golongan kapitalis. Iaitu harga ditentukan oleh kemampuan pasaran, bukan ditentukan oleh kerajaan atau sesiapa (kecuali barangan kawalan). Atau erti kata lain, sebanyak mana orang mampu bayar, setinggi tu lah harga yang akan diletakkan. Kereta seperti contohnya, mengape harga kereta cecah beratus ribu ringgit? mungkin benar cukai memberi impak, tetapi komisyen penjual dan harga yang ditentukan oleh orang2 kaya... Agak2 kalau cukai dikurangkan separuh, harga kereta akan turun 25%? Aku tak rasa akan berlaku. Paling tinggi pon 10% jer (kecuali tahun berubah). Rakanku jurujual kereta bintang cabang 3, komisyen 1 kereta cecah 10K, rakan lain jual kereta tempatan, komisyen jual sebijik kereta cuma RM400 jer... kalau jurujual je dan untung 10K, tokey kedai berapa pulak? jadi sebenarnya penjual kereta yang akan untung lebih banyak. Pembeli mungkin akan menikmati diskaun 5k ke 10k paling tinggi pon jika cukai turun. Hal yang sama berlaku apabila harga minyak naik dan turun. Harga minyak naik 20%, harga barang juga naik pada kadar yang sama. Tetapi bila harga minyak kembali turun ke 20%, harga barang mungkin turun sedikit sekitar 5% jer... Jadi betol ke dengan penurunan cukai eksais akan turunkan harga kereta ke tahap kemampuan ramai orang?

Lagi satu aku nak betolkan sikit persepsi dan pendapat ramai orang bahawa cukai yang tinggi adalah untuk melindungi kepentingan market proton. Mungkin ada kebenarannya... tetapi sebenarnya ada yang lebih penting iaitu melindungi rezab negara. Jumlah kenderaan di Malaysia lebih kurang 21 juta. Anggaran jumlah kereta buatan tempatan adalah 60% atau lebih kurang 12 juta buah. Anggaran purata sebuah kereta tempatan bernilai RM20K (minimum tak termasuk cukai), jadi wang yang dianggarkan telah dibelanjakan oleh penduduk Malaysia bagi membeli kerata buatan tempatan ialah RM240 billion. Andaikan Malaysia tak de buat kereta sendiri, kekosongan 12 juta buah tu diisi oleh kereta import pulak dengan nilai yg aku ambik tinggi sikit la... 30K (purata minimum tidak termasuk segala jenis cukai), jadi jumlah pengaliran wang keluar negara adalah RM360 billion semata2 untuk membeli kereta. Nilai rezab negara terkini adalah berjumlah RM490 billion tanpa import 12 juta buah. Kalau dengan import 12 juta buah, maka rezab negara cuma ada RM130 billion jer... itu kalau ambik cuma 30K, kalau ambik lebih lagi? mau negatif... sia-sia je kita eksport sawit dan getah yang hasilnya cuma nak cover beli kereta jer...

Ada satu blog aku baca berkenaan lebih baik kawal harga barang spare part. Yang ni sebenarnya aku paling setuju... dah la barang spare part sebenarnya barang gred B, pastu mahal pulak tu... barang spare part ada eksais duti juga ke? setau aku tak de... so, sebenarnya ia mainan puak2 kapitalis...

Sekian...

~M-M~

Tuesday, August 7, 2012

BOIKOT SAJI





ISU YANG MENARIK PERHATIAN KU UNTUK MENULIS:

BARU-BARU INI AKU TERNAMPAK POSTER BOIKOT MINYAK MASAK CAP 'SAJI' KELUARAN FELDA.

PENULISAN INI ADALAH BERDASARKAN ANALISA AKU YANG SELALU SEMAK HARGA SEBELUM MEMBELI BARANG DAPUR... 

MUNGKIN RAMAI (PENGUSAHA LAIN/PEKEDAI/PEMBORONG) TAK PUAS HATI KAT MINYAK MASAK 'SAJI' SEBAB HANYA MINYAK MASAK CAP 'SAJI' JE YANG ADA TULIS HARGA RM6.25 UNTUK 2L DAN RM 13.35 UNTUK 5L. TAK PERCAYA
 BOLEH CHECK SENDIRI. AKU SUKA BELI MINYAK MASAK 'SAJI' SEBAB HARGA TETAP. PEKEDAI ATAU PASAR RAYA TAK BOLEH MAIN HARGA. BRAND KEFOR ATAU JAYEN PON JUAL PADA HARGA LEBIH TINGGI KADANG2... CUBA TENGOK MINYAK MASAK CAP YANG LAIN, CAP BURUH KE, CAP KAPAK KE... SEMUA TAK LETAK RSP PADA PEMBALUT NYA... AKIBATNYA PEKEDAI / PASARAYA MAIN HARGA. PERNAH BEBERAPA BULAN LALU, PASARAYA BESAR SEPERTI KEFOR DAN JAYEN TAK JUAL MINYAK MASAK LAIN KECUALI JENAMA DIORG SENDIRI JER... MUNGKIN SEBAB 'SAJI' PUNYA PENANGAN LETAK HARGA DI PEK BOTOL... PERISTIWA NI BERLAKU DALAM 2 3 BULAN LA, AKU RASA ADA ORANG DAH REPORT ATAU PENGEDAR 'SAJI' SENDIRI DAH REPORT PADA KDPNKK DAN ARAHKAN PASARAYA KEMBALI JUAL BRAND LAIN. MAKA, SEJAK 2 BULAN LEPAS, AKU DAH JUMPA MINYAK MASAK JENAMA LAIN DI CAREFOUR DAN GIANT TERMASUK LA JENAMA 'SAJI' YANG AKU TUNGGU-TUNGGU....

KENAPA AKU BELI 'SAJI'? AKU BELI JENAMA 'SAJI' BUKAN SEBAB HARGANYA MURAH JE, TAPI SEBAB AKU YAKIN BAHAWA MINYAK TERSEBUT BUKAN MINYAK RECYCLE. BANYAK BETOL AKU DENGAR KAT LUAR SANA YANG ADA JENAMA MINYAK MASAK SEBENARNYA PAKAI MINYAK RECYCLE TERUTAMA YANG DALAM PEK 1L. ORANG YG SELALU MASAK MCM MAK AKU PERASAN LA... KALAU MINYAK RECYCLE TU RASANYA LAIN SIKIT DAN AGAK BERBAU. SELAIN ITU AKU YAKIN DENGAN SETIAP BARANGAN KELUARAN FELDA YANG BERJENAMA 'SAJI' KERANA DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT MUSLIM TERMASUK KRIMER PEKAT MANIS DAN MEE SEGERA. RASA MEE SEGERANYA SEDAP DAN SETANDING DENGAN MAGGI MALAH LEBIH SEDAP LAGI UNTUK SESETENGAH PERISA.

KESIMPULANNYA, SEBAB MINYAK MASAK NI BARANGAN KAWALAN BER SUBSIDI, KERAJAAN PERLU WAJIBKAN SEMUA MINYAK MASAK (PLASTIK 1L / BOTOL 2L & 5L) DILETAK TANDA HARGA.

SEKIAN.





~M-M~

Monday, April 30, 2012

Pendapat Aku Pasal BERSIH baru-baru ni...

Lepas hampir 2 hari aku meneliti segala mcm berita, artikel, video, blog, gambar, tweet, dan segala mcm maklumat bak dari pihak penyokong bersih 3.0 ataupon pihak kerajaan, dapat aku simpulankan, pihak Ambiga kecewa akhirnya, Kerajaan semakin popular, PR semakin tersepit... walaupun ada beberapa video menunjukkan polis memukul pendemo, tp nampaknya ia terlalu mudah dipatahkan. Berikut adalah beber
apa faktor utama kesimpulan aku...

i) Cara polis menangani para demo bersih 3.0 adalah kaedah pasif, tunggu dan lihat, agak membosankan pendemo pada awalnya, berbanding kaedah yang digunakan semasa bersih 2.0 yang sejak awal pagi telah mula berlaku ketegangan. Namun, tidak disangka, kaedah ini memang sangat berkesan dan sebenarnya bersih 3.0 backfire kepada penganjur.

ii) Unit IT PDRM memberi laporan update keadaan demo bersih 3.0 di internet dengan pantas. Banyak berita-berita kurang benar atau berita untuk mencetuskan ketegangan dapat dipatahkan dengan update PDRM di facebook, tweeter dan website. Juga di youtube...

iii) Banyak bukti video dan blog yang melaporkan ketegangan bermula apabila DSAI dan Azmin Ali mula berucap. Ambiga sebelum tu telah mula mengarahkan peserrta bersurai. Jadi ramai menyalahkan DSAI dan AA termasuk para pendemo menyalahkan mereka berdua.

iv) Ada video menunjukkan Unit Amal PAS yang mula melakukan rempuhan di Dataran Malaysia. Ini memberi tamparan hebat kepada PAS apabila jelas menunjukkan mereka merempuh masuk selepas menerima arahan bukan dari pemimpin penganjur bersih 3.0

v) Ada video menunjukkan bukti yg polis kene belasah selepas kereta polis terbabas. Kereta polis tu terbabas sebab serangan pendemo. Sukar untuk menjawab atau nak spin kewajaran untuk belasah polis tersebut.

vi) Pendemo terlalu emosi terhadap polis, menimbulkan kebencian melampau terhadapat polis, mencederakan polis, sepatutnya berkawan dengan polis sebab polis juga merupakan seorang pengundi. Jika tak ambil hati pengundi, macam mana nak menang?

vii) Banyak blog2 dan jounalist PR tidak sehaluan, ada yang bersetuju, tidak kurang juga mengakui kelemahan dan faktor pemimpin mereka sendiri mengapa ketegangan berlaku, ini sangat berbeza dengan blog2 penyokong kerajaan yang senada mengutuk bersih 3.0

viii) Tidak disangka, ramai kaum cina turun join bersih 3.0, ada antara mereka mempunyai blog2 berpengaruh dan berdasarkan pengalaman mereka, mereka hanya datang kerana tuntutan bersih 3.0, dan bukan kerana PR, maka ada antara mereka yang menyesal join. Jika blog mereka ramai followers, habis la PR.

ix) Persiapan peserta demo yang tak rapi, tidak ada kooordinasi yang baik, mungkin sebab persiapan terlalu singkat. tidak ada plan B, plan C dan plan keselamatan, perlindungan, plan pertolongan cemas, plan kebersihan, dan lain2 yg sepatutnya ada bagi menjamin keselamtan, kebajikan dan kesihatan peserta terutama orang tua, kaum wanita dan kanak2.

x) Perintah mahkamah agar org awam tidak masuk ke kawasan yang diwartakan. Ramai peserta demo tidak sedar tentang implikasi perundangan apabila mereka di tahan. Denda 2000 hinggit atau penjara 6 bulan. Sapa nak tolong? Majlis peguam ada menghantar pemerhati, agak2 mereka nak tolong ke jika perintah mahkamah dah dikeluarkan?

xi) TV dan surat khabar kurang beri liputan sebelum bersih 3.0, sampai ramai yang teragak2 jadi ke tak jadi bersih ni? sapa x update, dia tatau la yg bersih 3.0 ni tetap diteruskan.

xii) Ada wartawan yang kene belasah dan kene maki hamun dengan peserta demo walaupun dari stesen tv atau akhbar yang neutral. Ini secara tak langsung akan menyebabkan laporan wartawan tersebut tidak akan memihak kepada mereka yang memukul.





Sekian,





~M-M~

Friday, February 10, 2012

RAHSIA NO 1 DAN NO 89

Tahukah anda bahawa apabila setiap nombor dalam sesuatu digit nombor di kuasa dua kemudian di tambah dengan jumlah kuasa dua digit berikutnya atau kuasa dua digit yang selebihnya, diteruskan sehingga mendapat nombor ulangan nombor, akan menghasilkan angka 1 atau 89 sahaja. 

cth, 345 >> 3x3 + 4x4 + 5x5 = 50 >> 5x5 + 0x0 = 25 >> 2x2 + 5x5 = 29 >> 2x2 + 9x9 = 85 >> 8x8 + 5x5 = 89...... >>...... 89>> ...... 89 . cth lain, 410 >> 4x4 + 1x1 +0x0 = 17 >> 50 >> 25 >> 29 >> 85 >> 89...... 89... 89. 

cth lain, 1234 >> 30 >> 9 >> 81 >> 65 >> 61 >> 37 >> 58 >> 89 ..... 89.... 89. cth lain, 1110 > 3 > 9 > 81 > ...... > 89... 

dan seterusnya.... 

AJAIB BUKAN?"

~M-M~

Thursday, February 9, 2012

Soalan Matematik Untuk Mat Rempit


Ali di minta oleh bosnya menghantar sepucuk surat ke pejabat client sebelum jam 1 pm. Jika ali membawa motorsikalnya dengan kelajuan 90km/j maka ia akan sampai awal jam 12pm. Tetapi jika ia membawa motorsikalnya dengan kelajuan 40km/j, maka ia akan sampai lewat dari masanya iaitu 2pm. Oleh kerana jarak perjalanan yg agak jauh, maka ali mengambil keputusan untuk membawa motorsikalnya dengan kelajuan sekata supaya ia boleh sampai tepat pada masanya. Berapa jarak sebenar perjalanan Ali dan berapa kelajuan purata yang ia perlukan supaya ia dapat sampai tepat pada masanya?


~M-M~

Wednesday, February 1, 2012

"Pengalaman di sebentar bersama Madrasah Salihiah.


2 minggu lepas aku telah menghabiskan masa berjalan2 di bandar alor setar selama lebih 4 jam dengan hanya berjalan kaki, banyak tempat aku pergi termasuk sekeliling Madrasah Salihiah. Banyak bangunan di kawasan sekitar telah diroboh. Terdapat juga bangunan rumah pangsa kos rendah yg dalam proses perobohan. Cuma tinggal kalau tak silap 2 premis iai
tu sebuah kedai perabot yg tengah lelong barang, dan madrasah Salihiah tersebut. Di depan madrasah tersebut, tergantung satu banner yang benar2 menyentuh hati aku apabila di baca.

Di bahagian belakang kawasan tersebut, terdapat sebuah kondo pejabat baru milik C, terdapat banyak lot rumah yg semuanya milik C, kedai pejabat semua milik C. Menurut seorang pemandu teksi yg berada di situ, kawasan di sekitar madrasah tersebut kebanyakkannya adalah kawasan kedai M lama. Betul-betul di hadapan kawasan tersebut menghala ke jalan besar, terletaknya menara Alor Setar. Di tepi kawasan menara tersebut tersergam sebuah bangunan kedai perabot yang berkembar dengan sebuah pusat hiburan. Lebih kurang 500 meter dari situ pula menghala ke Bandar adalah masjid Terindah di Alor Setar iaitu masjid Negeri. Tidak berapa jauh dari kawasan tersebut lebih kurang 1km dan diselangi dengan masjid negeri terdapat kawasan kedai lama milik C. lebih kurang 300 meter di hadapan kawasan madrasah tersebut terdapat sebuah lagi kawasan perumahan C. Sewaktu aku berjalan disitu, sedang ada pasar pagi C, maka aku tahu di situ adalah majoriti C.

Sebenarnya hampir 2 jam aku habiskan hanya untuk mengelilingi kawasan berhampiran madrasah tersebut atau lebih tepatnya kawasan yg akan dibangunkan untuk shopping complex mega tersebut. Apabila memikirkan potensi komersial kawasan tersebut dan mengapa pemaju beria-ia untuk memajukan kawasan tersebut, jauh di sudut hati aku, aku merasa sedih apabila banyak kedai2 M yang diroboh sedangkan banyak lagi kawasan lain yang lebih sesuai (mengikut akal fikiranku) untuk pembangunan mega tersebut. Lebih sedih lagi apabila madrasah tersebut juga telah dijadualkan untuk diroboh.

Mungkin lepas ni bila aku datang lagi ke Alor Setar aku tak akan nampak lagi Madrasah Tersebut. Walaupun aku tak ada kaitan dengan madrasah tersebut, tetapi aku dapat merasa kerisauan dan kegusaran pemilik, guru2, pelajar, ibu bapa pelajar dan juga rakyat Kedah yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan madrasah tersebut apabila tempat menuntut ilmu tersebut bakal dirobohkan. Aku berdoa supaya madrasah tersebut dapat dipertahankan walaupun terdapat gangguan2 dari pembinaan pusat komersial tersebut. Usaha mempertahankannya perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira bangsa dan parti politik asalkan mereka beragama Islam. Semoga orang-orang yang berjuang untuk mempertahankannya akan diangkat darjatnya oleh Allah."


~M-M~

Thursday, January 12, 2012

teka-teki untuk orang genius 3

Abu ingin pergi kerumah Siti di suatu kawasan perumahan yg bernombor 1-81. Namun Siti enggan memberitahu nombor sebenar rumahnya tetapi memberi klu berikut tetapi tidak disertakan jawapan ya/tidak:-
i) Adakah rumah berada pada nombor di bawah 40?
ii) Adakah no rumah boleh dibahagi dengan 4?
iii) Adakah no rumah adalah hasil kuasa dua?

Soalan, berapa no rumah Siti?


~M-M~

Teka-teki untuk orang genius 5


Mak cik karipap berjalan menjual karipap dengan anaknya di kawasan Pantai Dalam ke arah kedai yg sejauh 10km. Sepanjang perjalanan Mak cik karipap berjalan dengan kelajuan sekata 4km/jam. Sementara anaknya berjalan dengan kelajuan sekata 12km/jam. Oleh kerana anak mak cik karipap berjalan laju, maka ia telah sampai ke tempat yg dituju lalu berpatah balik kearah mak cik karipap lalu berjalan kembali ke tpt yg dituju sehingga mereka sama2 sampai ke tempat yg dituju. Mak cik karipap memuji anaknya lalu berkata, "Anakku, stamina anak mmg hebat, anak telah berjalan sejauh x kilometer". Berapa nilai x?"


~M-M~

Teka-teki untuk orang genius 4


Di suatu kawasan perumahan awam, terdapat 28 buah pondok telefon. Seorang penduduk telah menelefon pegawai Telekom dan membuat laporan berbunyi "5 daripada 12 telefon pertama telah rosak". Pegawai Telekom telah datang terus ke pondok telefon bernombor 12 dan terus membaikinya tanpa memeriksa. Mengapa pegawai Telekom itu begitu pasti yg Telefon no 12 tersebut telah rosak tanpa perlu memeriksanya?"


~M-M~

Teka-teki untuk orang genius 2



Jika sebuah menara tertinggi di dunia mempunyai ketinggian 650 meter ditambah dengan separuh ketinggian seterusnya, berapa tinggi menara tersebut?"

~M-M~

teka-teki untuk orang genius 1

Dalam satu kes pembunuhan....

Ali: Ahmad yang bunuh Awin
Ahmad: Ah Chong yg bunuh Awin
Abu: Saya tak bunuh Awin

Ah Chong: Ahmad tipu...

Hanya seorang yg berkata benar. Jadi, siapa bunuh Awin?"


~M-M~