Thursday, October 4, 2012

Harimau Jatuh Tangga...





Pagi tadi kita dikejutkan dengan penurunan ranking bolasepak Malaysia di dalam senarai FIFA. Bermula dari ranking ke 140 dunia pada Januari 2012 dan semakin menurun menjelang hujung tahun. Sebenarnya ramai telah menduga tentang penurunan ini selepas kekalahan Harimau Malaya di tangan Vietnam bulan lalu di gelanggang sendiri. Kekalahan tersebut sebenarnya telah mengejutkan banyak pihak di apabila rakyat Malaysia berharap Harimau Malaya akan berjaya mengekalkan piala AFF Suzuki yang dimenangi 2 tahun lalu.

Banyak perkara dilihat menjadi faktor penurunan ranking tersebut disebalik kekalahan perlawanan persahabatan berstatus A. Sikap jurulatih K. Rajagopal dan pengurusan FAM yang tidak melihat ranking sebagai suatu ganjaran sebenarnya banyak memerangkap skuad Harimau Malaya. Apabila ranking dianggap tidak penting, maka perlawanan persahabatan di anggap kurang penting dan kerapkali digunakan sebagai medan ujikaji baru pemain. Mungkin ada benarnya perlawanan persahabatan dianggap medan ujikaji pemain, tetapi biarlah ia bukan suatu ujikaji yang berisiko tinggi yang bakal merundumkan ranking.

Mengapa ranking penting?, ranking sebenarnya adalah penting bagi membolehkan para pemain kita bermain di liga bolasepak hebat seperti EPL, La Liga dan sebagainya. Apabila pemain di anggap gagal membantu negara untuk maju, pemain tersebut juga secara tidak langsung akan dianggap gagal. Pendedahan dengan cara permainan, corak latihan dan persaingan yang tinggi sebenarnya banyak membantu peningkatan mutu pemain negara. Dengan beraksi di Liga ternama dunia, secara tak langsung mutu pemain bolasepak negara akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan pemain lain bertaraf dunia. Pemain berbakat seperti Akmar Rizal Rakli, Indra Putra Mahyuddin adalah antara nama2 besar dalam bolasepak negara yang menyaksikan mereka pernah beraksi dalam pentas liga yang berbeza.

Jika di negara-negara Eropah dan Amerika Selatan, perlawanan diantara negara seperti Piala Copa Amerika, Kejohanan EURO dan Piala Arfika dianggap sebagai suatu medan untuk menonjolkan diri untuk pemain bagi menarik perhatian kelab-kelab ternama dunia, perkara ini dilihat berbeza berlaku di sini. Walaupun berjaya memenangi Piala AFF Suzuki namun oleh kerana ranking kita yang sangat rendah, pemain kita sebenarnya sukar untuk mononjolkan diri diperingkat lebih tinggi disebabkan ranking negara yang jauh. Ia sebenarnya satu kerugian bukan sahaja kepada pembangunan pemain, tetapi bola sepak Malaysia secara keseluruhannya. Sepatutnya, perlawanan persahabatan perlu dianggap sama penting dengan perlawanan di kejohanan sebenar disamping untuk menarik sokongan penonton yang mengharapkan permainan berkualiti ditunjukkan oleh para pemain dan bukan permainan ujikaji.

Sebagai peminat setia Harimau Malaya, kami pastinya menantikan aksi terbaik dan berkualiti ditunjukkan dalam setiap perlawanan dan bukan permainan sambil lewa. Kemenangan bukan ukuran tetapi semangat melawan dan keserasian pemain menjadi ukuran dan ulasan dalam setiap perlawanan. Mungkin jurulatih menyangka peminat seperti kami hanya mengharapkan kemenangan sahaja, tetapi bagi kami di sini tempoh 90 minit sebagai penonton sudah cukup menjadikan kami pelbagai watak daripada jurulatih, kepada pengulas sukan, pengkritik, penyokong, pembangkang, referee, lines man dan juga sebagai pemain atau pengurus. Kemenangan atau kekalahan hanya dirasai selepas permainan berakhir. Tetapi perasaan marah, benci, gembira, debaran, fedup, menjerit, kecewa, suka, ketawa akan dirasai sepanjang tempoh permainan 90 minit

Sekian,

~M-M~

1 comment:

  1. The TIGERATON line for the first time - Titanium Arts
    The TIGERATON line for the first titanium trim hair cutter time. titanium blade - TIGERATON line ecm titanium for the first time. - TIGERATON line for the first titanium belt buckle time. - titanium bolt TIGERATON line for the first time. - TIGERATON line for the first time.

    ReplyDelete