Friday, November 13, 2009

Antara Kuasa, Ilmu dan Harta

Salam,

Rasullullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud, “Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah(harta), ilmu yang bermanfaat(ilmu) dan doa dari anak yang soleh (kuasa/upaya).” (Riwayat Muslim)

Sebenarnya apa yang ingin ditekankan disini adalah mengenai kesedaran orang Islam yang kurang berbanding orang bukan Islam mengenai pentingnya ketiga2 perkara tersebut. Juga turutan yang patut diikuti mengikut kepentingan. 

Pertama, Ilmu: Untuk berjaya di dunia dan di akhirat pertama sekali perlukan ilmu... Sehingga ada sahabat yang menyatakan "untuk berjaya didunia perlukan ilmu, untuk berjaya diakhirat perlukan ilmu, dan untuk berjaya di dunia dan akhirat perlukan ilmu". Tetapi ilmu itu sebenarnya sesuatu yang holistik. Tidak mungkin kita mampu mencapai tahap pengetahuan untuk kesemua bidang.. Makanya kita perlu berkongsi ilmu..., orang Islam sekarang lemah dan kurang menguasai ilmu pengetahuan berbanding umat Islam pada zaman kegemilangan Islam. Sedangkan dalam Islam amat diterapkan penguasaan Ilmu itu. ... 

Kedua, ekonomi (harta) : Jika dibandingkan ekonomi orang bukan Islam dan ekonomi orang Islam, ternyata kita jauh ketinggalan... kalau nak kata orang Islam tak pandai berniaga, dalam sejarah para sahabat ada dinyatakan dan dibuktikan kehebatan mereka berniaga... Jadi mengapa tidak diambil iktibar perkara tersebut?? Tak perlu pergi jauh, di Malaysia ekonomi orang Islam hanya menyumbang 19% kepada KDNK. Mana pergi yang lain???

Ketiga, kuasa (kekuatan/upaya): Kuasa bukan hanya dalam erti kata kuasa dalam politik atau kuasa memerintah. Tetapi kuasa bererti suara/doa. Jika kita menghendaki sesuatu, kita perlu teguh, kuat untuk bersuara, yakin, ada platform untuk bersuara atau berdoa... makanya apa yang kita hajati akan tercapai, tidak kira didunia atau diakhirat.

ok, itu baru pengenalan atau meaning.

Isi, Mengapa orang yahudi (srael/merika) sangat berjaya dan sangat kuat sekarang ini?? jawapannya kerana mereka menguasai ketiga2 bidang ini. Sejarah kebangkitan yahudi bermula pada pertengahan abad ke 18 di mana mereka telah mula mengumpulkan ilmu dari serata dunia dan mencari serta menguasai ilmu itu jauh lebih tekun dari orang yang beragama Islam itu sendiri, termasuk mengkaji ilmu Al-Quran. Lihat sahaja nama2 besar seperti albert eistein, isaac newton, graham bell, semua adalah orang yahudi. Pada masa ini, mereka langsung tidak memikirkan mengenai harta yang akan mereka perolehi hasil daripada ilmu2 penciptaan yang mereka kuasai. Kemudian, bermula sejak era perang dunia pertama, orang yahudi memulakan fasa kedua perjuangan untuk menguasai dunia dengan menguasai ekonomi (harta/kekayaan). maka, bermulalah era penguasaan ekonomi oleh orang2 yahudi. Antara nama2 besar yang telah lama bertapak seperti Levi's, P&G, British India, dll... semua adalah milik orang yahudi... sehingga pada akhirnya (sekarang) kuasa ekonomi dunia dikuasai hampir 70% orang yahudi yang berjumlah hanya 14 juta orang diseluruh dunia. dan setelah berjaya menguasai kedua2 perkara tersebut, mereka mula mengorak langkah untuk dengan menguasai dunia dengan memegang kuasa. Dengan kekuatan wang dan ilmu, dengan mudah mereka memperoleh kuasa. Buktinya, perdana menteri perancis, perdana menteri itali, adalah orang yahudi. Negara kuasa besar dunia (merika) terus dikuasai yahudi... dan tak hairanlah jika kuasa peperangan mereka juga jauh meninggalkan orang-orang Islam.

Saya percaya ramai yang mengetahui perkara tersebut, namun apa paling ingin yang saya tekankan ialah kegagalan orang Islam untuk mengambil pengajaran yang sebenar dari Hadis tersebut yang telah berusia lebih 1400 tahun Hijrah. Mengapa orang bukan Islam yang mengambil pengajaran tersebut?? Kegagalan umat Islam untuk menguasai Ilmu, Ekonomi dan Kuasa. Lihat sahaja contoh di Malaysia. Kalau pelajar cemerlang sekolah rata2 orang bukan Islam. Orang Islam adalah satu dua yang mendapat nama. Juga diuniversiti, kalau list yg dapat 1st class tuh semua nama dgn 3 suku kata... Mana pergi orang Islam?? Kemudian dari segi ekonomi?? kalau nak kata makanan halal tuh, 70% dibuat oleh orang bukan Islam... Ekonomi Malaysia dikuasai orang bukan Islam... Padahal agama rasmi negara ini adalah agama Islam, dan kita juga dikenali sebagai negara Islam. Belum tengok lagi negara2 miskin yang lain yang rata2 nya adalah negara Islam. Yang terakhir adalah kuasa. Mungkin benar kita (orang Islam melalui UMNO) berkuasa di Negara ini (PAS di Kelantan dan Kedah). Tetapi cuba lihat dari segi kuasa yang lain, kuasa untuk bersuara dari segi ekonomi, kuasa dari segi NGO (yang mana kebanyakkannya dipelopori orang bukan Islam), kuasa penentu undi (perlu bersekongkol dengan orang bukan Islam untuk menang), dan kuasa2 yang lain seperti kuasa dalam syarikat, kuasa dalam masyarakat, kuasa membeli, kuasa penentu keputusan, semua sebenarnya lebih dikuasai oleh bukan Islam. Apa yang tinggal sekarang hanyalah kuasa (pangkat / kerajaan / kuasa sistem beraja). Belum kata diperingkat dunia apabila orang Islam ditindas seperti di Afganistan, Iraq, Palestin dan lain2 negara dimana ditindas oleh kuasa besar dan kita hanya mampu melihat!! Semua kerana kita (umat Islam lemah secara globalnya). (Hayati lagu Warisan, memang itulah yang kita tinggal).

Kita (umat Islam) secara keseluruhannya sebenarnya telah gagal menghayati Hadis tersebut dan pengajaran yang diberikan. Mungkin dalam lingkungan yang kecil (kawan2/keluarga/kampung) kita (diri sendiri) menjadi juara, tetapi dalam skop yang lebih besar, dalam konteks kenegaraan/dunia kita tidak berjaya... Adakah ini disebabkan sikap kita yang mementingkan diri sendiri?? kubur lain2?? masuk neraka pon asing2, dihisab pon asing2... ?? Adakah ini ajaran Islam yang sebenar hanya untuk diri sendiri?? Jika itu kata kita maka ia adalah silap sama sekali. Islam sebenarnya sebuah agama yang lengkap yang merangkumi kehidupan didunia dan di akhirat, kejayaan didunia dan diakhirat, diperingkat rumah mahupun masyarakat, peringkat negeri mahupun dunia, semua boleh dikembangkan dari sebuah buku kecil yang dipanggil Al-Quran. Kita diajar dan disaran untuk saling bantu-membantu bagi memastikan kejayaan Islam di seluruh dunia (bukan dirumah sahaja).... panjang lagi la nak tulis sebenarnya... lain kali sambung... tapi semoga penjelasan yang singkat ini dapat dihayati dan diperjuangkan bersama. Kalau bukan sekarang, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi, atau 50 tahun lagi semoga Islam akan menjadi satu kuasa besar dan mampu menyaingi orang bukan Islam dalam ketiga2 aspek yang disebutkan. Amin... Sama2lah kita berusaha... kalau ada yg nak sambung atau komen adalah dipersilakan.
 Tidak kira penyokong parti manapun (UMNO atau PAS), sebenarnya perjuangan kita adalah untuk kelompok yang sama di Malaysia iaitu .......... Sepatutnya kita (orang Islam) perlu bersatu dan bukan berpecah akibat perbezaan fahaman politik. Janganlah bersifat saling prejudis, berprasangka buruk, menghasut, saling mengutuk/mencaci, saling menuduh, membuat fitnah, menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan, dan menolak pandangan sesuatu pihak yang lain.

~M-M~                                                          

Sunday, May 24, 2009

PUISI BANGSA MELAYU


Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Kumpulan Puisi dan Sajak Usman Awang 

Cerita Seram Versi ku


Salam...

Saya nak berkongsi cerita seram saya di sini.  

Peristiwa Pertama: baru-baru ni,lebih kurang 2 3 bulan lepas memang saya sendiri pernah mengalami peristiwa pelik or seram ni... Memang saya nampak ada satu makhluk bukan sewaktu dengan kita dekat berhadapan dengan saya masa saya berbaring di katil..., lebih kurang pukul 1 or 2 pagi mcm tuh la..., then saya tenung dyer..., perlahan2 muka dyer berubah dari rupa muka berbulu mata merah kepada rupa manusia dan kemudian hilang mcm tu jer... 

Peristiwa kedua: beberapa bulan semenjak saya berpindah ke rumah baru di Kuarters p11 Putrajaya ini, saya merasakan ada makhluk lain tinggal bersama kami di rumah ini... mcm ada orang lain yang duduk sekali di bilik kosong di tingkat atas... tapi saya tidak merasa takut, sebab mereka tidak pernah mengganggu kami... Saya biarkan ajer...,  

Pada suatu hari ada saudara saya datang berkebetulan membawa seorang yang berilmu tinggi singgah di rumah saya..., Orang tersebut memberitahu saya ada makhluk lain tinggal di sini bersama. Dia memberitahu ada orang indon dulu tinggal di sini masa construction, kemudian tinggalkan makhluk tu di rumah ni..., so, makhluk tu merupakan penduduk paling awal tinggal di rumah ni selepas siap..., Dengan kebolehan orang itu, dia telah membantu kami membuangkan makhluk tersebut... Alhamdulillah, sejak hari itu saya memang tak rasa dah ader orang lain tinggal sekali dengan kami...

Peristiwa Ketiga: Dalam tahun lepas or 2 tahun lepas, saya tak ingat..., lebih kurang pada waktu tengah mlm dalam pukul 3 am, tetiba saya dikejutkan dengan bunyi bising dan bergelap gelita disebabkan ketiadaan letrik. Rupanya wiring rumah saya dah short dan kami bergelap, Bunyi bising tuh adalah dari bunyi seekor serangga. Orang tua-tua pernah berpesan serangga masuk rumah malam-malam selalunya bawa mende2 yg kita tak nampak..., tapi pada malam tersebut saya biarkan jer, malas nak kacau... 


Then esok mlm pon bising lagi..., aik, dah 2 mlm pulak bising..., nak tak nak terpaksa la saya halau keluar rumah..., tapi ikut pesanan orang tua-tua kita kena warning dyer dulu... kene bagi warning 3 kali, "kalau berniat baik or tak berniat apa2 maka dipersilakan keluar, kalau tak aku bunuh". so, saya bagi warning sekali, kali kedua tuh binatang tuh terbang..., senang jer nak keluarkan dari rumah, tapi memalam buta tuh pukul 3 am.
 
Tapi cerita ni tak habis kat sini jer..., lepas 4-5 bulan, saya balik ke kampung dan berjumpa orang yang berilmu sedikit mintak beliau rawat sebab saya rasa badan saya tak sedap. Dan apa yang beliau jumpa mengejutkan..., ader lebih kurang 5-7 ekor makhluk asing dah menumpang badan saya masa tu..., huhuuhuhhuu... 2 jam buat rawatan... Alhamdulillah lepas tu ok dah..., tapi sebab mende tuh dah lama menghuni ke badan saya, memang susah orang tu nak keluarkan..., carik kat depan, lari menyorok kat belakang, carik kat depan.., lari ke bawah..., tapi Alhamdulillah, tiada yang lebih kuat melainkan Kuasa Allah.