Monday, October 1, 2012

Dikananmu Rakib dan Dikirimu Atid

Aku teringat satu kesah yang diceritakan kepadaku beberapa tahun lalu... semoga ia akan memberi sedikit pengajaran kepada rakan2...

Kisah seorang jurutera penerbangan sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara jiran kita yang tidak pernah dinaikkan pangkat semenjak 20 tahun lalu. Beliau menjalankan kerja-kerja baikpulih pesawat dan tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu. Apabila jurutera ter

sebut menemui pengurus untuk meminta dinaikkan pangkat, seringkali alasan yang sama diberikan iaitu tiada orang yg sesuai untuk menggantikan tempat jurutera tersebut. Begitulah alasan yang diberikan saban tahun sehinggakan jurutera tersebut merasa dipergunakan dan pihak pengurusan mengambil keuntungan di atas kerja yang dilaksanakannya.

Oleh kerana tidak lagi dapat menampung kos sara hidup yang semakin tinggi dan atas desakan hidup, jurutera tersebut mula mengalami masalah mental. Akibat tidak tertahan menanggung tekanan, jurutera tersebut telah menemui rakannya seorang pakar psikologi bagi mendapatkan nasihat.

Menemui rakannya yang juga ahli psikologi tersebut, Jurutera tersebut mula menceritakan segala yg terbuku dihatinya kepada ahli psikologi. "Begitulah berat tekanan saya, saya lihat rakan2 kita semua berkereta besar, rumah besar, bercuti kesana sini dengan bebas, 20 tahun saya bekerja tidak dinaikkan pangkat, padahal saya adalah seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah dan universiti dahulu dan sayalah harapan mereka. Saya malu untuk menemui mereka", jelas jurutera tersebut kepada ahli psikologi.

"MasyaAllah, wahai sahabatku, lupakah kamu masih ada makhluk yang sentiasa mengikuti kita di kanan dan kiri? Aku amat iri hati dengan pekerjaanmu. Dengan kecekapan kamu menjalankan tugasmu selama ini, beribu malah beratus ribu orang telah memperoleh manfaat. Beratus ribu orang telah selamat dalam perjalanan, berpuluh ribu telah berjaya berulang-alik ke Makkah untuk menunaikan Haji dan Umrah. Tidakkah kamu sedari selama ini kamu telah banyak berjasa?, jadi mengapa harus bersedih? Sepatutnya kamu merasa bangga dan bersyukur kerana secara tidak langsung, kamu juga beroleh pahala dan nikmat mereka yang menunaikan haji dan umrah. Dikananmu Malaikat Rakib tidak pernah lekang menulis segala kebaikan yang kamu lakukan yang berlipat kali ganda. Ingatlah, tujuan hidup kita ini adalah untuk akhirat kelak, kejayaan didunia tidak menjamin kejayaan kita diakhirat", balas ahli psikologi kepada jurutera.

"Sahabatku, kadang2 kita lupa tujuan hidup kita didunia. Kadang2 kita mula menyalahkan takdir apabila melihat orang lain senang dan kita susah. Kita juga sering merasa cemburu melihat kejayaan orang lain dan mula memasang nafsu untuk memperoleh kejayaan dunia semata. Kita juga sering digelapkan oleh kemanisan harta dunia. Kita lupa bahawa apa yang dihadapan kita itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita selagi ia tidak menyalahi hukum Allah...", tambah ahli psikologi.

Jurutera tersebut menangis teresak-esak disebabkan terlalu terharu mendengarkan penerangan dari rakannya tersebut dan terus bertekad untuk tidak akan mendesak untuk dinaikkan pangkat lagi. Cukuplah sekadar apa yang diperolehi dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik buat dirinya.

Moral of the story...

Kadang-kadang kita bekerja terlalu mengejar keduniaan sehingga kita lupakan Keberkatan, yang Halal, yang Haram dan seterusnya kita lupa tujuan sebenar hidup kita adalah untuk berjaya di Akhirat...

Sekian,


~M-M~

No comments:

Post a Comment