Wednesday, October 3, 2012

Keunikan no 7 yg kita tidak ketahui...



Tahukah anda bahawa no 7 mempunyai keunikan yang mampu menjadikan mulut anda ternganga... dan fikiran anda seakan percaya atau tidak percaya?

Dalam Islam No 7 mempunyai keisimewaan yang tersendiri seperti Allah menjadikan bumi ini dalam tempoh 7 hari, lapisan langit ketujuh, 7 kaki dalam kubur, 7 ayat dalam Surah Al-Fatihah, 7 likur, 7 hari dalam seminggu dan banyak lagi yang mempunyai kaitan dengan no 7.

Dalam penulisan saya sebelum ini, jumlah muka ruas satu jari ada 7 juga. Tetapi tahukah, daripada angka 7 ini banyak keunikan/keajaiban yang setengahnya tidak mampu ditafsirkan dengan logik akal...

No berulang umpama kitaran jam.
- Jika seseorang bertanya kepada saya apakah no 6 digit pilihan saya? Saya akan pilih 142,857. Mengapa saya memilih nombor ini? Sebab saya boleh mengira hasil darab no ini tanpa menggunakan calculator...
   142,857 x 1 = 142,857
   142,857 x 2 = 285,714
   142,857 x 3 = 428,571
   142,857 x 4 = 571,428
   142,857 x 5 = 714,285
   142,857 x 6 = 857,142 

Jawapan bagi keseluruhan hasil darab berikut adalah urutan hasil nombor asal yang sentiasa berpusing dan berulang2... hebat? 

Lihat pula hasil darab seterusnya... 142,857 x 7 = 999,999 > Mengapa lain?

Kita Teruskan... 142,857 x 8 = 1,142,856 >> cuba lihat betul-betul... jika kita tutup angka 1 di hadapan, maka yang tinggal adalah angka 142,856 dan angka satu yang ditutup tadi dicampur di hujung no 142,856, maka akan kembali menjadi 142,857... Cool...

Kita teruskan... dengan kaedah yang sama kita akan dapati...
142,857 x 9 = 1,285,713 >> 285,713 + 1 = 285,714
142,857 x 10 = 1,428,570 >> 428,570 + 1 = 428,571
142,857 x 11 = 1,571,427 >> 571,427 + 1 = 571,428
142,857 x 12 = 1,714,284 >> 714,284 + 1 = 714,285
142,857 x 13 = 1,857,141 >> 857,141 + 1 = 857,142
142,857 x 14 = 1,999,998 >> 999,998 + 1 = 999,999
.
.
.
142,857 x 88 = 12,571,416 >> 571,416+12 = 571,428
dan seterusnya....

Setelah melihat hubungkaitnya, bagaimana untuk mengira hasil darab 142,857 tanpa perlu calculator?

Cuba ini... 142,857 x 25 = ??

Dari hasil darab di atas, dapat kita ketahui setiap kali di darab dengan nombor yang mempunyai faktor 7, maka akan menghasilkan 999,999 atau no yang menghampiri angka bulat.
Maka, 25 / 7 = 3 + 4/7
Ambil 3 sebagai digit pertama 3,xxx,xxx
Digit seterusnya yang bertanda x hanya berlu diambil dari nombor itu sendiri iaitu hasil darab dengan 4 seperti di atas dan di tolak dengan angka 3

571,428 - 3 = 571,425,
Maka jawapan untuk 142,857 x 25 = 3,571,425....
Hebat bukan... tidak perlu calculator, dan tidak perlu pengiraan yg panjang... hanya perlu hafal sifir 7... heheheh

Bagaimana ia berlaku? Dari mana nombor 142,857 diperolehi?

Angka 142,857 adalah hasil dari nombor 1 dibahagi dengan nombor 7,  1/7 = 0.142857142857142857.... Lihat betul-betul hasil bahagi ini, nombor 142,857 berulang sehingga infiniti... Hasil no berulang ini hanya boleh diperolehi dari angka 7 sahaja...

Sekian...

~M-M~

 

No comments:

Post a Comment